[VIDEO] “Garang Nau Ko Oyen” Reaksi Si Oyen Tak Suka Dipegang & Terkam Pemiliknya Buat Warganet Takut );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] “Garang Nau Ko Oyen” Reaksi Si Oyen Tak Suka Dipegang & Terkam Pemiliknya Buat Warganet Takut

Share
oyen

Sebut sahaja kucing oren ataupun si oyen, pastinya pelbagai persepsi dan perkara yang akan terlintas di fikiran anda kan?

Tidak kira la sama ada ianya perkara baik ataupun buruk, yang nyatanya adalah kucing oyen sememangnya mempunyai identiti tersendiri yang akan sentiasa diingati oleh setiap penggemar kucing.

Seperti perkongsian video di Tiktok ini, tindakan si oyen sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila menunjukkan reaksi yang terlampau garang bagai seekor singa terhadap pemiliknya.

 

 

Meskipun tiada sebarang kekekasaran yang dilakukan, oyen dilihat begitu geram dan rakus hingga meninggalkan kesan gigitan dan terkaman pada tangan pemiliknya itu.

Tidak berhenti mengerang, si oyen dilihat seakan ingin menyampaikan mesej bahawa dia sangat bencikan pemiliknya.

oyen

Ramai yang berpendapat bahawa mungkin si oyen mengalami sebarang kecederaan ataupun luka yang tidak diketahui, namun si pemilik tangkas menyangkal tanggapan yang dilemparkan di ruangan komen.

oyen

oyen

Walauapapun yang terjadi, diharap lelaki berkenaan sentiasa bersabar dan tabah melayan kerenah si bulusnya itu.

Penulis sendiri pun pernah berhadapan dengan situasi seperti ini dan lebih teruk habis bercalar balar lengan dikerjakannya.

Dah namanya oyen, maka tak sah la kalau mereka tak buat perangai yang pelik kan?

 

[Sumber:Tiktok]

 

Baca: Terjebak Dalam ‘Cat Scam’ Cikgu Tadika Ini Kerugian Hampir RM 70,000 Beli Kucing Baka Scottish

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!