Kucing Ni Dapat Rumah Baru, Siap Dengan View Balkoni Sekali! );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Ni Dapat Rumah Baharu, Siap Dengan View Balkoni Sekali!

Share
view balkoni

Siapa yang duduk apartment atau pangsapuri, mesti perasan yang kucing suka lepak dekat bahagian tingkap balkoni rumah.

Bagaikan mimpi jadi kenyataan, wanita Rusia ini telah berikan haiwan peliharaannya sebuah rumah kucing baharu siap dengan view balkoni lagi!

Video yang berdurasi selama 16 saat di akaun TikTok itu menunjukkan proses sepanjang sangkar kucing itu dipasangkan. 

@sonyakisa8

#cat

♬ Into The Thick Of It! - The Backyardigans

Dengan pilihan background music Into The Thick Of It! telah menjadikan keseluruhan rakaman menjadi comel, tambah pula dengan gelagat si bulus yang sangat teruja untuk rumah barunya!

Mana taknya, rumah ada view balkoni, siapa je taknak kan?

Baik betul lah catparents ni. Kalau kucing lain tengok mesti nak jugak. Hahahaha

Nak jugak bagi view balkoni tu dekat kucing tapi takut!

Di sebalik pujian yang diterima, video yang telah meraih sebanyak 8.7 juta tontonan itu juga menimbulkan kerisauan pada pengguna TikTok.

Rata-rata daripada mereka bertanya sama ada ia (sangkar) benar-benar kukuh untuk diduduki oleh kucing. Siapa lah yang tak risau, rumah tinggi tu.

Kalau tersalah pasang, tak ke naya kucing tu.

Bagaimanapun, pemilik video tersebut menjelaskan bahawa ‘balkoni’ yang direka khas buat si bulus ini sudah terpasang pada semua sisi tingkap rumahnya.

view balkoni

view balkoni

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!