"Saya Nak Buka Safari Kucing" Saiful Apek Rayu Masyarakat Bela Nasib Si Meow Ketika Banjir );

Type to search

Cerita Haimeow

“Saya Nak Buka Safari Kucing” Saiful Apek Rayu Masyarakat Bela Nasib Si Meow Ketika Banjir

Share
apek

Simpati dengan nasib kucing, pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal Saiful Apek menyeru masyarakat untuk membela nasib si meow yang turut terkesan akibat banjir.

Mohd Saifulazam Mohammad Yusof ataupun lebih dikenali sebagai Saiful Apek berkata beliau sememangnya sukakan kucing sama seperti ibu beliau.

apek

“Kalau nak tahu, saya ada impian suatu hari nanti untuk membuka sebuah ‘safari kucing’ jika diberi kesempatan.

“Ketika negara dilanda musibah banjir, selain menghulurkan bantuan sesama manusia, kita jangan lupa memberikan pertolongan pada haiwan-haiwan terutamanya kucing,” katanya.

Tambahnya, disebabkan rasa cinta terhadap kucing jugalah dia sangat sebak melihat haiwan-haiwan yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

apek

“Mereka juga berhak dibantu. Kita jangan lupa bahawa Rasulullah SAW juga merupakan seorang pencinta kucing.

“Selain melakukan misi bantuan kemanusiaan, ada sesuatu juga yang perlu kita perjuangkan iaitu hak haiwan,” katanya.

Sekiranya niat Saiful Apek untuk membina sebuah safari kucing menjadi realiti, penulis akan pastikan Hai Meow merupakan kumpulan pertama yang jejakkan kaki ke situ.

Jangan risau, korang yang tengah baca ni pun boleh join sekali dengan team Hai Meow!

 

[Sumber: gempak]

 

Baca Juga: “Macam Adik-Beradik Berguaru Bercakar” Gurauan Mesra Kanak-Kanak & Oyen Buat Warganet Cair

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!