Bagi seorang pencinta kucing, penantian hari kelahiran si meow yang sedang sarat mengandung pastinya sesuatu yang mengujakan kerana tidak sabar untuk melihat wajah si comel.
Walaubagaimanapun, proses kelahiran perlu terlebih dahulu dilalui oleh si meow dan persediaan haruslah dilakukan oleh pemilik kucing dengan menyediakan sekurang-kurangnya kotak untuk mereka bersalin.
Namun situasi berbeza berlaku di sebuah hospital apabila keadaan bertukar riuh kerana jururawat begitu bertungkus lumus mencari kotak buat si meow yang datang secara tiba-tiba kerana ingin beranak.
Si meow pada awalnya dilihat seakan-akan sudah terdesak ingin melahirkan kerana sering menuju ke arah tong sampah untuk dijadikan ruang bersalin.
Melihatkan situasi itu, rata-rata jururawat di wad berkenaan berpusu-pusu mencari kotak bagi membolehkan si meow beranak dengan mudah di dalamnya.
Namun begitu, segala usaha dan situasi yang kucar-kacir itu seakan satu perkara yang sia-sia berlaku kerana si meow yang disangkakan ingin bersalin, rupa-rupanya tidak!
Si meow yang mengiau tanpa henti hanya ingin mencari tempat bersalin sahaja terlebih dahulu sebagai persediaan awal.
Rata-rata netizen cukup terhibur dengan perlakuan si meow dan ruangan komen dipenuhi dengan gelak tawa orang ramai.
“Rehearsal beranak dulu, bikin kalut satu klinik”
Peringatan untuk semua, sekiranya kucing anda sudah terlampau sarat mengandung, sebaiknya sediakan kotak seminggu awal sebelum mereka bersalin.
Setidak-tidaknya, tak adalah jadi kelam-kabut macam situasi di atas nanti!
[Sumber]: Tiktok
Baca: [VIDEO] Tindakan Si Oyen Yang Terjun Ke Sungai Selepas Diselamatkan Bomba, Undang Tawa Netizen