Ketahui Sejarah Penting Mengenai Kucing Pertama Ke Angkasa );

Type to search

Ketahui Sejarah Penting Mengenai Kucing Pertama Ke Angkasa

Cerita Haimeow

Ketahui Sejarah Penting Mengenai Kucing Pertama Ke Angkasa

Share

Pasti ramai yang tidak percaya bahawa sebelum manusia berlepas ke angkasa lepas, terdapat sejarah mengenai hidupan lain yang ke sana iaitu seekor kucing.

Felicette merupakan seekor kucing jalanan dari Paris yang telah diberi tugasan sebagai sebuah eksperimen untuk berlepas ke angkasa. Ia telah dilepaskan ke angkasa pada 18 Oktober 1963 dan dibawah program angkasa kerajaan Perancis ketika itu.

Sebelum diterbangkan ke angkasa, Felicette bersama beberapa ekor kucing lain yang dikutip dari jalanan terpaksa menjalani beberapa latihan angkasa.

Mereka ditempatkan didalam bekas yang sempit untuk menguji tahap ketahanan mereka semasa berada di angkasa. Mereka juga terpaksa menjalani ujian yang berat dan diluar norma hidupan sebagai kucing.

Namun, pada Oktober 1963 beberapa ekor kucing berjaya melarikan diri dari makmal tersebut hingga tinggal Felicette bersendirian.

Dia akhirnya dipilih untuk melakukan uji kaji tersebut dan kemudian diletakkan dalam bekas di dalam roket yang bernama Veronique dan akhirnya dilancar ke angkasa dari gurun Sahara.

Jarak penerbangan roket tersebut mencapai 100 batu jauh dari bumi dan ia berada di angkasa lepas untuk beberapa minit dengan ketiadaan graviti. Para saintis yang terlibat memantau keadaan dan ketahanan Felicette melalui elektrod yang dipasang di kepalanya.

Setelah 15 minit berlalu, roket tersebut turun ke bumi lalu terpisah melepas Felicette melalui kapsul yang disertakan dengan payung terjun.

Felicette satu-satunya haiwan uji kaji yang berjaya hidup di angkasa lepas dan mendarat di bumi namun sayang dirinya terpaksa dimatikan oleh para saintis kerana mereka ingin mengkaji kesan perjalanan ke angkasa lepas melalui otaknya.

Pihak kerajaan Perancis mengabdikan nama Felicette dalam sejarah negara mereka sebagai satu langkah menghargai jasanya dalam membantu memahami mengenai ilmu dan perjalanan angkasa lepas.

Tugu peringatan Felicette dibina dan diletakkan di kota Paris berserta sebuah stamp menggunakan gambarnya.

[Sumber: The Patriots]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!