Seleksi Iklan Raya Kucing - 5 Lakonan Si Meow Wajib Ditonton );

Type to search

Seleksi Iklan Raya Kucing – 5 Lakonan Si Meow Yang Wajib Ditonton

Cerita Haimeow

Seleksi Iklan Raya Kucing – 5 Lakonan Si Meow Yang Wajib Ditonton

Share

Sambutan hari raya aidil fitri kian kunjung tiba dan kurang dari seminggu sahaja lagi seluruh umat Islam bakal meraikan sambutan perayaan setelah sebulan berpuasa.

Semestinya syarikat produksi filem dan video sudah mula sibuk membuat pengambaran iklan raya bagi memeriahkan lagi sambutan tahunan ini. Meskipun ianya bertujuan hiburan semata-mata, rata-rata penonton pasti menantikan iklan raya yang menarik pada setiap tahun.

Selain daripada menggunakan khidmat pelakon dan artis negara, kelibat kucing juga dilihat semakin menjadi kegilaan syarikat-syarikat produksi dan boleh dikatakan jumlah tontonan di youtube juga agak tinggi.

Jangan tak tahu, si meow juga dah bergelar pelakon tau sekarang

Artikel kali ini, penulis ingin kongsikan beberapa iklan raya yang menjadikan haiwan peliharaan kucing sebagai pelakon ataupun subjek utama mereka. Untuk lihat video, tekan pautan link di tajuk iklan di bawah.

 

Jero Si Kucing

iklan

Video berdurasi dua puluh saat ini merupakan teaser kepada iklan raya Dugaan Raya Aida yang merupakan sambungan episod kedua daripada iklan ini.

Mengisahkan seekor kucing peliharaan yang ingin menjejakkan kaki ke bulan. Dalam pada itu, keterujaan si meow ini dilihat lebih kepada penantian tuannya, Kak Aida untuk pulang beraya ke kampung.

Ada apa dengan Kak Aida? Dan apa yang dinanti-nantikan sangat si Jero? Jom lihat pula senarai di bawah.

 

Dugaan Raya Aida

iklan

Iklan raya ini merupakan kesinambungan daripada iklan ‘Jero Si Kucing’. Menceritakan dugaan hari raya yang dihadapi Aida, namun kehadiran si meow bernama Jero dilihat cukup mencuit hati dan Berjaya menarik perhatian penonton.

Menginginkan sepersalinan baju angkasawan, Jero dilihat masih memasang impian untuk menaiki bulan dan bergelar angkasawan dan berharap Kak Aida pulang membawanya sebagai hadiah raya.

Tatkala Aida sedang dilanda musibah ketika hujan, Jero sekali lagi tampil dengan lakonan mencuit hati apabila masih mahukan hadiahnya.

Dah la comel, ada hati pulak tu nak jadi angkasawan si Jero ni!

 

Adik #BolehAdikIkut

iklan

Tiada siapa yang pernah menyangka bahawa Malaysia Airlines yang terkenal dengan imej penerbangan dan dan pelancongan ini pernah menghasilkan iklan raya bertemakan seekor kucing.

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang mahu adiknya dibawa dibawa pulang bersama ke kampung halaman, iklan raya ini dilihat cukup menyentuh hati peminat kucing di luar sana.

Adik yang dimaksudkan pada tajuk iklan raya ini merupakan seekor kucing peliharaan. Keakraban dan kasih sayang antara manusia dan kucing sangat-sangat dititikberatkan dalam iklan kali ini.

“Kasih sayang tidak mengenal siapa kita”

Berikut merupakan tema utama yang ingin disampaikan melalui iklan raya berkenaan dan ianya jelas memberikan kesan mendalam buat penonton.

Iklan Raya Pos Malaysia – Heroku

iklan

Jika tadi kita ada watak kucing bernama Jero, kali ini panggilan nama Amir pula menjadi pilihan.

Amir yang merupakan haiwan peliharaan gadis kecil bernama Mimi, telahpun hilang dan perkara itu membuatkan beliau berasa sangat sedih.

Walaubagaimanapun, kisah sedih ini tamat apabila penghantar surat daripada syarikat pos laju Malaysia telah Berjaya menjumpakan semula kucing berkenaan pada pemiliknya, Mimi.

Sekali lagi kita dapat melihat hubungan kasih sayang antara manusia dan kucing dijadikan konsep utama iklan raya tahun 2019 berkenaan.

 

Prasarana Video Raya – Kongsi Rezeki

iklan

Baru sahaja dimuat naik ke laman youtube dua hari lepas, iklan raya terbitan Prasarana Malaysia Berhad ini turut menampilkan kucing sebagai watak utama yang juga merupakan suara latar kepada video berkenaan.

Memasukkan beberapa isu dan wabak Covid-19, ianya dilihat penuh dengan nilai dan tauladan yang boleh diambil.

Nilai ‘kongsi rezeki’ yang dimaksudkan bukan sahaja sesama manusa, bahkan dengan haiwan peliharaan kucing juga turut diselitkan bersama pada video kali ini.

Penulis cukup tertarik dengan kehadiran kucing jalanan yang dijadikan bahan utama dalam video ini.

Maklumlah, sumber makanan mereka hanya bergantung pada orang di sekeliling, kalau tiada orang memberi maka kebuluran la mereka… mungkin itu la yang ingin disampaikan oleh syarikat Prasarana Malaysia Berhad kan?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!