Sembelih Kucing, Daging Kucing Mendapat Permintaan Di Indonesia - Verst Cerita

Type to search

Cerita Haimeow

Sembelih Kucing, Daging Kucing Mendapat Permintaan Di Indonesia

Share

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai penemuan beberapa karung yang berisi bangkai kepala dan badan kucing di Indonesia. Pemilik akaun @soniarizkikarai menemui karung guni berisi bangkai terbabit ketika beliau sedang mencari kucingnya yang hilang.

” Setelah bertanya kepada masyarakat sekeliling jika terlihat kucing saya, seseorang memberitahu bahawa ada penduduk di situ mengambil kucing untuk disembelih”

Kucingnya bernama Tayo dimaklumkan ditangkap dan dimasukkan ke dalam guni.

“Daging kucing yang disembelih biasanya dijual pada harga 70 ribu rupiah (RM20) sekilogram.” katanya

Sonia memberanikan diri untuk pergi ke kawasan yang dikatakan berlakunya aktiviti tersebut, terletak di Tangguk Bongkar, Medan Denai. Apa yang lebih menaikkan kemarahan orang ramai apabila lelaki yang melakukan perkara tersebut tidak berselindung untuk memberiahu bahawa dia menjual daging kucing.

Anggiat Sipahutar, salah seorang daripada penduduk memberitahu bahawa di situ terdapat seeorang yang kerjayanya menyembelih kucing.

” Di sini memang ada kerja menyembelih kucing kerana terdapat permintaan tinggi untuk daging binatang itu. Biasanya daging kucing itu dijual atau disimpan sebagai makanan oleh penyembelih , ” katanya

Walau bagaimanapun, kes tersebut telah dilaporkan di Balai Polis Medan Area.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!