‘Si Oyen Artis K-Pop’ – Gabungan Unik Suara Meow Mirip Lagu Artis Kumpulan ‘BTS’, Buat Netizen Terhibur );

Type to search

Cerita Haimeow

‘Si Oyen Artis K-Pop’ – Gabungan Unik Suara Meow Mirip Lagu Artis Kumpulan ‘BTS’, Buat Netizen Terhibur

Share
pop

Kucing oyen sangat terkenal dengan sifat dan perilaku yang menarik apabila kebanyakan kisah mencuit hati kucing sering dikaitkan dengan Si Oyen.

Pelbagai kerenah yang ditunjukkan oleh kucing berwarna oren, dan rata-rata pemilik kucing pasti sudah lali dengan perangai mereka.

Terbaru, si oyen sekali lagi tampil dengan kisah mencuit hati apabila gabungan suara yang dihasilkan berjaya menyerupai lagu nyanyian artis kumpulan K-Pop terkenal, BTS.

Menurut perkongsian di Facebook, lagu yang dinyanyikan bertajuk ‘Butter’ dan difahamkan ianya merupakan lagu terbaru dari artis kumpulan K-Pop berkenaan.

Untuk pengetahuan korang, geng-geng ‘BTS ARMY’ ramai tau dekat Malaysia ni!

POP

Meskipun ia hanyalah sebuah video yang direka, namun gelagat dan hasil gabungan suara meow berjaya membuatkan penonton tertawa.

Mempunyai kelengkapan seakan-akan di dalam studio rakaman, oyen dilihat seperti sudah terbiasa berhadapan dengan mikrofon dan pembesar suara.

pop

Siapa tahu mungkin video ini juga turut disaksikan oleh ahli kumpulan BTS kan?

Hah, terkenal la si oyen lepas ni nanti… dapat undangan menyanyi bersama artis K-Pop pula!

 

Baca: Macam Real! Kucing Calico 3D Muncul Di Papan Iklan Di Shinjuku Tokyo
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!