Snowy Si Peneman Setia Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri );

Type to search

Cerita Haimeow

Snowy Si Peneman Setia Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri

Farhana Syahirah
Share

Beberapa hari yang lepas, tular posting di Facebook apabila Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita kerana masih ada individu berlaku kejam terhadap haiwan terbiar.

Umum sedia maklum, menerusi posting tersebut, Sultan Selangor juga memelihara kucing terbiar yang dinamakan Snowy sejak 4 tahun lepas atas inisiatif baginda sendiri.

 

Gambar oleh Selangor Royal Office. Snowy sedang menemani baginda dalam mengerjakan solat.


Gambar oleh Selangor Royal Office. Tengku Permaisuri ditemani oleh Snowy.

 

Merupakan kesayangan baginda dan juga isteri, Snowy kini telah menjadi peneman setia dan dipelihara dengan cukup kasih sayang serta perlindungan yang sewajarnya.

Kisah baginda memelihara kucing terbiar ini telah mendapat perkongsian 8 ribu lebih sebagai tanda prihatin agar tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan-haiwan terbiar khususnya kucing dan anjing.

Baru-baru ini tular kontroversi apabila MBSA menggantung kain rentang yang menyatakan peraturam masyarakat tidak dibenarkan beri makanan kepada haiwan liar dan terbiar.

Tindakan tersebut mendapat kecaman hebat dari netizen yang kebanyakannya tidak setuju dengan jalan penyelesaian dari MBSA.

Kain rentang yang yang menjadi polemik di kalangan netizen selepas tular di laman sosial.

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!