Suami Isteri Ini Sanggup Bergadai Ribuan Ringgit Demi Buat Rumah untuk Kucing-kucingnya );

Type to search

Cerita Haimeow

Suami Isteri Ini Sanggup Bergadai Ribuan Ringgit Demi Buat Rumah untuk Kucing-kucingnya

Share
suami isteri

Sepasang suami isteri sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit bagi membina kediaman khusus untuk puluhan kucing peliharaan di belakang rumah mereka di Taman Darul Salam, di sini.

Pasangan suami isteri itu, Nik Mustafa Almuai, 50, dan Nazibah Yaakub, 48, juga tidak ‘pilih bulu’ apabila menempatkan pelbagai jenis kucing, sama ada baka ‘kayangan’ bernilai tinggi, mahupun kucing jalanan di rumah tersebut.

BACA: Bungkusan Baru TV Samsung Ditukarkan Jadi Rumah Kucing

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Nazibah mengatakan yang selain kucing biasa seperti baka kampung dan kacukan tempatan, mereka turut memiliki kucing jenis British Short Hair (BSH), Bengal, American Curl, Garfield dan Tortie.

Katanya, ‘rumah’ khas untuk kucing-kucing mereka itu belum siap sepenuhnya dan setakat ini, sebanyak RM10,000 ringgit telah dihabiskan bagi tujuan tersebut.

“Sebelum ini, kucing-kucing kami diletakkan dalam sangkar. Pembinaan rumah khas ini kerana kami mahu mereka lebih selesa dan bebas bergerak, namun, tetap terjamin keselamatan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Nazibah yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Pasir Puteh berkata, dia bersyukur berkongsi minat sama, iaitu obses terhadap kucing dengan Nik Mustafa yang merupakan seorang kontraktor.

RUMAH khas untuk kucing yang dibina pasangan suami isteri di Taman Darul Salam, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG

Katanya, sebelum ini suami isteri tersebut sering mengutip kucing terbiar dan berpenyakit di jalanan untuk dibawa pulang sebelum dirawat, dijaga dan dibelai sehingga bertukar menjadi sihat, lincah dan gebu.

“Kebanyakan kucing jalanan itu hilang, mungkin diambil orang ketika bermain di luar rumah. Tak mengapa, saya halalkan asalkan orang yang mengambil kucing itu memberi kasih sayang sepenuhnya kepada mereka, bukan membuangnya di tepi jalan,” katanya.

Menurut Nazibah, mereka memperhatikan kira-kira RM2,000 sebulan untuk penjagaan harian haiwan-haiwan tersebut merangkumi makanan, pasir najis dan kos mendapatkan rawatan di klinik veterinar

[Sumber: Utusan Malaysia]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!