[VIDEO] Kucing Tak Balik Rumah? Lelaki Ini Kongsi Petua Temukan Kucing Yang Hilang );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] Kucing Tak Balik Rumah? Lelaki Ini Kongsi Petua Temukan Kucing Yang Hilang

Share
kongsi

Kehilangan kucing merupakan satu perkara yang amat ditakuti dan tidak digemari oleh si pemilik.

Kebiasannya kucing yang sudah terbiasa dibela dalam rumah akan memiliki satu perasaan ingin tahu yang amat tinggi terhadap dunia luar.

Maka sekiranya si meow terlepas ataupun keluar dari rumah tanpa disedari, ianya boleh menimbulkan kerisauan pada si pemilik kerana pelbagai kebarangkalian boleh berlaku.

Hilang 10 minit pun dah kabut, apatah lagi kalau hilang seharian kan? Namun tindakan lelaki ini yang mengamalkan petua ketika kehilangan kucing nyata membuahkan hasil.

Dikongsikan di laman tiktok, petua yang dikongsikan nyata sangat berguna apabila berjaya menerima 285.2 ribu tanda suka.

 

Melihatkan pada video di atas, langkah utama yang dilakukan adalah memesan pada kucing liar yang berkeliaran sekitar rumah agar memujuk kucing kita untuk pulang ke rumah sekiranya terjumpa.

Meskipun ianya agak lucu, namun tindakan itu nyata membuahkan hasil apabila si pemilik berjaya menjumpai semula kucing peliharaannya.

Dengan bantuan makanan wetfood sebagai umpan, si meow akhirnya muncul secara tiba-tiba di lokasi makanan tersebut.

 


Baca Juga: Menarik! Begini Rupanya Penglihatan Kucing Yang Kita Tidak Tahu


 

kongsi

 

Lebih mengejutkan apabila ruangan komen dipenuhi dengan perkongsian warganet yang turut bersetuju dengan petua yang diberikan.

 

kongsi

Di akhir video ini, si pemilik turut berkongsi doa yang boleh membantu anda sekiranya berhadapan dengan situasi yang sama.

kongsi

Satu perkongsian petua dan doa yang sangat berguna buat pencinta kucing di luar sana.

Sekiranya anda menghadapi masalah yang sama, jangan lupa pesan pada kucing lain ye.

Nanti ada la tu si meow sembang, pujuk memujuk sesama sendiri.. tau-tau dah ada depan pintu rumah!

 

[Sumber: Tiktok]

 

Baca Juga: Pernah Lihat Kucing Bersembang? 5 Cara Si Meow Gunakan Untuk Bersembang Dengan Yang Lain 

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!