"Mak Nak Tengok Kartun" Reaksi Kucing Ini Yang Leka Layan Animasi 'Phineas And Ferb' Bikin Tawa Warganet );

Type to search

Cerita Haimeow

“Mak Nak Tengok Kartun” Reaksi Kucing Ini Yang Leka Layan Animasi ‘Phineas And Ferb’ Bikin Tawa Warganet

Share
leka

Kebiasaannya rancangan kartun animasi sering ditonton oleh golongan kanak-kanak yang masih kecil.

Namun lain pula kisahnya apabila kucing ini dilihat terlalu leka dan asyik menonton rancangan kartun sehingga terpaku tanpa sebarang pergerakan.

Seperti sudah menjadi rutin harian, si meow kelihatan selamba menaiki katil dan menunggu rancangan kartun kegemarannya dibuka.

 

 

Seakan menunggu dan meminta, reaksi kucing berkenaan dilihat begitu menghiburkan apabila menghalakan mukanya ke arah alat kawalan jauh televisyen sebagai tanda meminta tolong.

Lebih mencuit hati, si comel ini kelihatan begitu fokus menyaksikan siri kartun ‘Phineas and Ferb’ berkenaan hinggakan langsung tidak berganjak dari katil.

 


Baca Juga: [VIDEO] Kucing Keliru Lihat Telur Tiba-Tiba Keluar Ketika Membuang, Siap Jaga Macam Anak


 

 

leka

Cukup unik dan lucu, ianya pasti sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan kucing di luar sana.

Kucing anda bagaimana pula, suka layan kartun juga tak?

 

[Sumber: tiktok]

 

Baca Juga: Kucing Jiran Berak Merata Depan Rumah? Denda RM1,000 Boleh Dikenakan Pada Si Pemilik

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!