Terjebak Dalam 'Cat Scam', Cikgu Tadika Ini Kerugian Hampir RM70,000 Beli Kucing baka Scottish );

Type to search

Cerita Haimeow

Terjebak Dalam ‘Cat Scam’, Cikgu Tadika Ini Kerugian Hampir RM70,000 Beli Kucing baka Scottish

Share
cat scam

Gara-gara membeli seekor kucing secara dalam talian, seorang cikgu tadika rugi hampir RM70,000 akibat menjadi mangsa ‘cat scam’ yang menyamar sebagai penjual.

Pada mulanya, mangsa menghubungi sebuah nombor yang tertera pada iklan Facebook untuk membeli kucing yang dikatakan dari Indonesia. Kemudian, mangsa bersetuju membeli kucing itu dengan harga RM900.

BACA JUGA: Bahana Beli Kucing Baka Dalam Instagram, Wanita Ini Rugi RM3,230

Mangsa dikatakan perlu menjelaskan separuh daripada harga sebagai deposit dan bakinya perlu dijelaskan selepas penghantaran kucing tersebut.

Mangsa yang berusia 25 tahun itu kemudian membayar deposit RM450 ke dalam sebuah Hong Leong Bank atas nama Tansiaupenga Siagian.

Dia kemudian dimaklumkan bahawa kucing itu telah dihantar kepadanya. Dalam proses penghantaran dari Indonesia, mangsa diminta untuk membayar wang bagi pelbagai prosedur. Sehingga ahad lalu, dia telah membuat 14 transaksi berjumlah RM69,030 kepada suspek.

Kucing baka Scottish Fold.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani, berkata, mangsa tidak dapat kucing yang dibeli, malah bimbang identitinya disalah guna kerana menyerahkan salinan kad pengenalan serta alamat kepada suspek.

Mangsa akhirnya membuat laporan polis kerana rasa tertipu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Setiap individu perlu berjaga-jaga dan jangan mudah terpedaya dengan iklan jualan di media sosial lebih lebih lagi cat scam. 

Ada banyak kucing di Malaysia yang boleh di adopt. Lebih baik jika kutip di jalanan dan dapat lihat sendiri keadaan haiwan secara fizikal dari kecil hingga sihat dan gemuk. Maka, please adopt, don’t buy gais!

[Sumber: Sinar Harian, Kosmo]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!