[VIDEO] “First Time Tengok Kucing Makan Maggi” Tindakan Lelaki Ini Beri Si Bulus Makan Mee Segera Buat Warganet Terhibur );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] “First Time Tengok Kucing Makan Maggi” Tindakan Lelaki Ini Beri Si Bulus Makan Mee Segera Buat Warganet Terhibur

Share

Umum mengetahui bahawa haiwan kucing sangat menggemari ikan dan ayam sebagai diet pemakanan harian mereka.

Sebagai bukti, terdapat pelbagai jenis makanan kucing yang tersedia di pasaran diperbuat daripada bahan ikan ataupun ayam dan ianya sudah menjadi satu keperluan harian buat si meow.

Namun lain pula ceritanya apabila perkongsian video di Tiktok ini menunjukkan si meow memakan Maggi yang dimasak oleh tuan pemiliknya.

 

 

Tidak dinafikan bahawa mee segera sememangnya merupakan makanan segera kegemaran rakyat Malaysia, namun siapa sangka ianya juga digemari oleh si meow kan?

Kerana terlalu sukakan Maggi, si meow dilihat begitu sabar dan tekun menanti sementara menunggu mee segera berkenaan dimasak.

mee

Rata-rata warganet cukup terhibur melihatkan situasi berkenaan dan ruangan komen dibanjiri kata-kata lucu berhubung video berkenaan.

mee

mee

“Hati2 bang takut last2 bertukar jadi kucing sphinx”

 

mee

Walaubagaimanapun, nasihat penulis agar perbuatan ini tidak ditiru dan dijadikan ikutan oleh orang ramai kerana mee segera bukanlah sesuatu yang sihat buat si meow.

Cukuplah sekadar perkongsian video di Tiktok dan jadikan ianya sebagai tontonan video lucu di masa senggang anda.

 

Baca Juga: Persatuan Suara Haiwan Malaysia Cadang Tubuh Polis Haiwan Untuk Basmi Kekejaman Pada Kucing

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!