Kucing oren sememangnya terkenal dengan sifatnya yang lucu dan mencuit hati kerana banyak perkara yang menarik sering terpalit dengan si oyen.
Seperti yang kita ketahui, seekor kucing sememangnya memiliki sifat yang berani namun begitu, sekiranya si meow mengalami situasi getir, mahu atau tidak kita sebagai insan prihatin harus menghulurkan bantuan.
Namun lain pula kisahnya dengan si oyen ini apabila si comel ini kelihatan sengaja ingin bermain dengan pegawai bomba ini.
Perkongsian video ini melihatkan si oyen yang akhirnya telah berjaya diselamatkan, dilihat terjun semula ke arah longkang tanpa sebarang ketakutan.
Paling mengejutkan, kedudukan longkang itu agak tinggi jika dibandingkan dengan kawasan yang telah diselamatkan namun, si meow terus melompat tanpa menghiraukan kepayahan anggota bomba yang menyelamatkannya sebelum itu.
Perkongsian video ini telah mendapat 477 ribu jumlah tontonan dan 240 perkongsian di aplikasi tiktok.
Rata-rata komen netizen seperti sudah terbiasa dan lali dengan perangai si oyen yang sememangnya tidak lekang dengan perkara yang aneh dan lucu.
“Tu buka kucing oyen, itu ikan oyen”
[Sumber]: Tiktok
Baca: Lebih 1,000 Kucing Terbiar Ditinggalkan Pemilik Di Koh Phi Phi