Tuan Kucing Tersangkut Atas Pokok Selepas Cuba Selamatkan Haiwannya Yang Tersangkut Atas Pokok );

Type to search

Cerita Haimeow

Tuan Kucing Tersangkut Atas Pokok Selepas Cuba Selamatkan Haiwannya Yang Tersangkut Atas Pokok

Share
Tuan kucing tersangkut atas pokok

Seorang lelaki yang cuba menyelamatkan kucingnya yang tersangkut di atas pokok menerima nasib yang sama selepas dia turut tersangkut bersama-sama haiwan peliharaannya itu.

Kejadian yang berlaku di Tulsa, Oklahoma itu menyaksikan kedua-dua pemilik dan haiwannya akhirnya berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

Menurut Tulsa Fire Department, lelaki itu pada mulanya memanjat pokok untuk menyelamatkan kucingnya selepas ia tidak boleh turun sendiri

Ketika berada tinggi di atas pokok, lelaki berkenaan pula sedar bahawa dia juga tidak tahu bagaimana untuk turun sendiri.

Selepas mendapat panggilan daripada orang awam, pihak bomba terus bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa berkenaan.

Foto: Tulsa Fire Department

“Sekitar jam 3:45 petang, Kapten Alan Hancock dan kru Enjin 27 A Platunnya bertindak balas terhadap satu situasi menyelamat berhampiran S. 94th E. Avenue dan E. 27th Street. Nampaknya, seekor kucing telah memanjat tinggi ke atas pokok. Pemiliknya risau akan keselamatan kucing itu dan memanjat (pokok tersebut) untuk menyelamatkannya. Malangnya, kedua-duanya berada dalam keadaan berbahaya, tinggi dari atas tanah, tidak dapat turun dengan selamat,” menurut catatan pihak bomba dalam satu hantaran Facebook.

Pihak bomba turut berkongsi video aksi penyelamatan. Klip itu menunjukkan seorang anggota bomba menggunakan alat yang dikenali sebagai “aerial device” untuk menyelamatkan lelaki itu dan haiwan peliharaannya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!