Tular Video 1 Minit Oyen Bawa Anaknya Ke Hospital Di Turki

Type to search

Cerita Haimeow

Tular Video 1 Minit Oyen Bawa Anak Ke Hospital Di Turki

Share
oyen

Sebelum ini, terdapat juga kucing yang membawa anaknya yang tidak sihat ke hospital iaitu kucing tompok, tetapi kali ini pesakit lain pula.

Tular sebuah video di YouTube yang berdurasi lebih kurang 1 minit 21 saat itu  memaparkan kejadian ‘oyen’ berada di hospital daerah Karabaglar, Izmir, Turki bagi mendapatkan rawatan untuk si anak.

Pelik kan, binatang pun macam manusia, pergi hospital jika tidak sihat. Tetapi perkara yang menjadi bualan ramai apabila video terbabit menunjukkan ibu kucing membawa si anak dengan menggigit tengkuknya terus ke pusat rawatan pada awal pagi.

Menurut staf perubatan yang menyaksikan kejadian itu tersentuh apabila melihat keberanian dan pengorbanan si ibu untuk menjadikan anaknya sihat semula. Mak mana tak sayangkan anaknya kan?

“Pada mulanya, kami tidak faham apa yang berlaku kerana kucing terbabit sudah biasa berada di kawasan hospital dan pernah diberi makan dan minum oleh kami.

“Namun, kami hairan juga kerana tidak tahu ‘oyen’ sudah bunting dah kini mempunyai anak.

oyen

Anak ‘oyen’ sakit mata

Selepas memeriksa dengan teliti, anak-anak kucing terbabit mengalami jangkitan kuman di bahagian mata yang menyukarkan mereka untuk melihat.

oyen

“Kami sudah merujuk pada doktor haiwan sebelum memberi sebarang ubat.

“Tidak lama kemudian, mata ‘pesakit comel’ kami pun mula terbuka dengan perlahan-lahan.

Detik detik itu dirakam oleh staf hospital yang turut berasa gembira melayan kucing tersebut yang merupakan antara pesakit awal mereka pada hari itu.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!