Ular Sawa Telan Kucing Dalam Sangkar Verst Cerita );

Type to search

Cerita Haimeow

Ular Sawa Telan Kucing Dalam Sangkar

Share

Kejadian berlaku di Skudai bilamana seorang pemilik kucing mendapati terdapat seekor ular sawa sedang berehat di dalam sangkar berkenaan di kediamannya di Taman Damai Daya, Skudai di sini.

Pemilik kucing berkenaan terus menghubungi pihak Balai Bomba dan Penyelamat Skudai. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.04 pagi, hari ini.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor ular sawa sepanjang 5 kaki sedang ‘berehat’ di dalam sangkar kucing milik penghuninya kediaman berkenaan.

“Anggota dengan kekuatan 9 petugas kemudiannya bertindak menangkap ular tersebut menggunakan alat penjerut sebelum haiwan itu dilepaskan di kawasan jauh daripada penempatan orang awam,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *