Pemilik Positif Covid-19 Terpaksa Upah 'Catsitter' Untuk Jaga Meow Di Rumah );

Type to search

Cerita Haimeow

Pemilik Kucing Positif Covid-19, Terpaksa Upah ‘Catsitter’ Untuk Jaga Meow Di Rumah

Share
catsitter

Kalau cat parents nak bercuti mesti dah sediakan persiapan untuk meow. Tapi, kalau tiba-tiba positif Covid siapa pula nak jaga? Ada ke catsitter…

Terlebih dahulu, kisah lelaki dan anak-anak kucingnya pernah dikongsikan di Hai Meow berkaitan E-Collars.

Baru-baru ini, lelaki yang bertweet handlekan @frdsh_ telah memuat naik ciapan terbaru di Twitternya setelah seminggu berada di Maeps Serdang kerana disahkan positif Covid pada 1 Mei lalu. 

catsitter
catsitter

Memandangkan dia seorang cat parents, jadi sangat merisaukan apabila dia perlu meninggalkan anak-anak bulunya di rumah sendirian. 

Namun, masalah itu sekelip mata sahaja diselesaikannya sejurus dia berjaya mencari catsitter yang boleh bantu menjaga Mukhsin, Mueez dan Murni di rumah.

Cat sitter bertanggungjawab untuk memberi makan dan minum serta penjagaan kebersihan yang rapi terhadap kucing yang telah ditugaskan untuk dibela sementara.

Walaupun pemiliknya jauh di samping meow sekalian, dengan adanya cctv yang telah dipasangkan di rumah membolehkan @frdsh_ untuk melihat mereka menerusi telefon.

catsitter
catsitter
catsitter
catsitter

Mudah kan? Takde lah rasa rindu tanpa lihat gelagat mereka.

Anak-anak kucing tu happy je dekat rumah, kadang-kadang tuannya saja diserang separation anxiety.

Menerusi posting di Twitter, lelaki tersebut turut berharap semua pembaca untuk mendoakan kesihatannya agar kembali pulih.

Dia juga memaklumkan dia tidak dapat sentiasa update berkenaan kucing-kucingnya di Twitter seperti sediakala kerana terpaksa menghabiskan kuarantin terlebih dahulu.

Selain itu, dia juga terharu dengan rakan-rakannya yang sanggup memberi bantuan untuk dia dan ‘anak-anaknya’.

Tapi disebabkan tidak mahu menyusahkan orang lain, dia memutuskan untuk mengupah catsitter sehingga dirinya benar-benar pulih.

Sumber: @frdsh_
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!