Lakaran Video Animasi 2D "Goodbye Kitty" Dapat Dirasai

Type to search

Cerita Haimeow

“Tengok Terus Sedih” – Lakaran Video Animasi 2D “Goodbye Kitty” Dirasai Netizen

Share
animasi

Walaupun peribahasa ‘macam anjing dan kucing’ dimaksudkan sebagai pergaduhan, namun video animasi 2D meow di TikTok ini langsung tidak sama dengan perumpamaan melayu itu.

Rakaman asal kucing tersebut milik @alxiao3 namun telah diolah oleh seseorang dalam bentuk animasi, bersesuaian dengan content TikTok itu.

Jika ditafsirkan dari dialog asal itu, oyen seakan dapat melihat bayangan rakan anjingnya yang telah mati sebelum video ini dirakamkan.

animasi

Lama juga oyen membuat lambaian ke arah ‘bayangan’ anjing yang sudah tiada tu. Macam kita nak panggil orang mesti buat pergerakan body language sikit kan macam melambai. Ha sama la dengan oyen!

Menerusi video asli, ada viewers yang comment minta mana-mana pengguna TikTok yang mahir melukis animasi untuk lakukan sedikit suntingan pada sambungan rakaman tersebut.

animasi

@bearruang telah melukis bayangan animasi 2D yang mempamerkan oyen berjumpa dengan rakan anjingnya yang sudah berada di syurga.

Dia juga melakukan sedikit penambahan pada dialog supaya viewers dapat lebih mendalami lakaran yang dilukisnya.

@bearruang

@naniwooooo. dialogue by @raphaelbimonarend. Video: @alxiao3. Ummm im quite busy.. soooo im gonna upload once a week maybe..

♬ original sound – Sarah Cothran

 

Memang sedih sangat sebab dapat rasa gambaran tu, masuk pula dengan background music yang digunakan, memang keluarlah air mata.

Oleh kerana seseorang telah memuatnaik video berdurasi hampir 30 saat itu di akaun Twitter miliknya, jumlah tontonan video oyen di TikTok sudah mencecah 4 juta viewers.

Walaupun rakaman itu dilihat singkat tapi ia merupakan 30 saat yang cukup bermakna.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!