Wanita Didakwa Beri Susu Badan Kepada Kucingnya Ketika Penerbangan, Enggan Berhenti Walaupun Diarahkan );

Type to search

Cerita Haimeow

Wanita Didakwa Beri Susu Badan Kepada Kucingnya Ketika Penerbangan, Enggan Berhenti Walaupun Diarahkan

Share
Kucing

Tugas sebagai seorang krew penerbangan bukanlah satu perkara yang mudah kerana pelbagai ragam manusia yang terpaksa dihadapi dalam sehari. kucing

Baru-baru ini, seorang wanita didakwa menyusukan kucing peliharaannya susu badan di tengah-tengah penerbangan dan enggan berhenti walaupun selepas diperintahkan berbuat demikian.


Baca Juga: Kucing Ini Akan Perangkap Anjing Masuk Dalam Sangkar Dan Kurungnya Setiap Kali Menyampah Dengannya


Kejadian dilaporkan berlaku di dalam penerbangan Delta Airlines daripada Syracuse, New York menuju ke Atlanta, Georgia.

Insiden itu kecoh selepas satu imej yang memaparkan mesej antara juruterbang dan petugas di darat tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut mesej itu, penumpang di tempat duduk 13A “sedang menyusukan kucing dan tidak mahu meletakkannya kembali ke dalam carrier” walaupun sudah diminta untuk berbuat demikian oleh pramugari.

Mesej itu meminta agar situasi itu ditangani oleh pasukan ‘Kot Merah’ syarikat penerbangan itu semasa mendarat.

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat itu tidak melarang wanita untuk menyusukan bayi di dalam penerbangan.

Polisi Delta menjelaskan bahawa ibu dibenarkan untuk menyusukan anak mereka di dalam penerbangan, tetapi mungkin tidak sesuai untuk mengaplikasikan polisi itu kepada haiwan peliharaan seperti kucing.

“Delta menyokong sepenuhnya hak wanita untuk menyusu di atas pesawat Delta dan Delta Connection dan di kemudahan Delta.

“Pam payudara dibenarkan di atas kapal. Di lapangan terbang dan jika anda mahu, banyak lapangan terbang menawarkan bilik atau ruang penyusuan peribadi. Minta bantuan daripada rakan kongsi Delta jika anda memerlukan bantuan untuk mencarinya di lapangan terbang,” jelas dasar penerbangan syarikat itu.

Walaupun polisi Delta juga membenarkan haiwan peliharaan termasuk kucing berada dalam penerbangan, haiwan perliharaan dikehendaki berada di dalam carrier semasa berada di dalam pesawat, juga ketika berada di ruangan menunggu.

Sumber: Newsweek
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!