[VIDEO] "Maafkan Umi Sayang Semua" Wanita Ini Tinggalkan Wasiat Sebelum Terpaksa Bebaskan Kucingnya Ketika Banjir );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] “Maafkan Umi Sayang Semua” Wanita Ini Tinggalkan Wasiat Sebelum Terpaksa Bebaskan Kucingnya Ketika Banjir

Share
terpaksa

Situasi banjir yang dihadapi oleh penduduk di Selangor ketika ini sememangnya satu ujian yang sangat besar.

Rata-rata penduduk khususnya di Klang Valley mengalami kerosakan dan kerugian yang besar apabila barang-barangan di rumah semuanya rosak dimasuki air.

Tidak ketinggalan buat mereka yang memelihara kucing, kehilangan dan kematian si meow akibat banjir amatlah dirasai.

Situasi ini dikongsikan oleh seorang pencinta kucing menerusi perkongsian video di Tiktok apabila beliau terpaksa meninggalkan kucing peliharaannya akibat banjir yang terlampau teruk.

 

Wanita berkenaan yang memelihara kucing terpaksa meninggalkan kesemua daripadanya akibat situasi banjir yang terlampau teruk dihadapinya.

Meninggalkan beberapa wasiat terakhir pada si meow, wanita berkenaan memesan agar mendoakannya di akhirat kelak dan selamatkan beliau daripada neraka.

Melihatkan situasi berkenaan, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan hiba di ruangan komen.

terpaksa

terpaksa

“Yang lain cakap senang lah, yang menjaga je tahu susahnya”

 

terpaksa

 

Hanya pencinta kucing sahaja yang tahu betapa sukarnya situasi yang dihadapi oleh wanita berkenaan.

Sudah bertahun dibelai dan dimanja, akhirnya terpaksa dilepaskan berikutan bencana alam yang melanda.

Diharap segalanya dipermudahkan buat wanita berkenaan serta kucing-kucingnya dapat diselamatkan daripada situasi banjir yang dialami.

Buat anda yang turut mengalami nasib yang sama, semoga ada sinar buat kalian.

 

[Sumber: Tiktok]

 

Baca Juga: [VIDEO] “Sedih Tak Terkata” Reaksi Pemuda Ini Menangis Meratapi Kematian Kucingnya Sentuh Hati Warganet

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!