Kenali Willow, Kucing White House Baharu Yang Berjaya Pikat Hati 'First Lady' Amerika Syarikat );

Type to search

Cerita Haimeow

Kenali Willow, Kucing White House Baharu Yang Berjaya Pikat Hati ‘First Lady’ Amerika Syarikat

Share
Willow kucing White House

Keluarga Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengalu-alukan penghuni baharu White House yang bakal tinggal bersama mereka, iaitu seekor kucing berusia dua tahun bernama Willow.

Jurucakap ‘First Lady’ Amerika Syarikat, Jill Biden berkata penghuni baharu itu dinamakan sempena kampung halaman bulus tersebut di Willow Grove.


Baca Juga: Wanita Sanggup Belanja RM37,840 Pasang Billboard Cari Kucing Hilang


Ia merupakan kucing pertama yang tinggal di White House sejak pentadbiran presiden ke-43, George W. Bush.

Willow akan tinggal bersama anjing peliharaan keluarga itu, iaitu seekor German Shepherd yang bernama Commander.

Gambar Willow menikmati rumah baharunya dikongsi di Twitter oleh Jill Biden Jumaat lalu.

“Willow menetap di White House dengan mainan kegemarannya, makanan treats dan ruang yang banyak untuk dihidu dan diterokai,” kata jurucakap Jill Biden, Michael LaRosa, kepada Associated Press.

Jill Biden pertama kali bertemu dengan Willow pada 2020 ketika ia tiba-tiba naik ke pentas pada satu acara kempen pilihan raya suaminya di Pennsylvania.

Sejak kematian kucing George W Bush, India, seekor kucing American Shorthair berbulu hitam pada 2009 yang tinggal bersama presiden itu selama dua dekad, tidak ada lagi kucing yang tinggal di White House.

Kucing George W Bush, India
Kucing George W Bush, India. [Foto: Paul Morse/George W. Bush Presidential Library]

Sebelum ini, keluarga Biden mempunyai dua lagi anjing German Shepherd, Champ dan Major.

Bagaimanapun, Champ meninggal dunia ketika berusia 13 tahun pada Jun tahun lalu manakala Major dihantar tinggal bersama rakan keluarga Biden di Delaware selepas dua insiden kelakuan agresif.

Joe Biden bersama dua ekor anjingnya sebelum ini, Champ dan Major [Foto: White House]

Walaupun anjing merupakan pilihan lebih ramai presiden, terdapat beberapa presiden yang turut meminati kucing dan membawa bulus mereka tinggal di White House antaranya Bill Clinton, Jimmy Carter dan Gerald Ford.

Selain kedua-dua haiwan tersebut, hamster, rakun dan burung juga pernah menjadi haiwan peliharaan di White House.

Hanya tiga presiden – James Polk, Andrew Johnson dan Donald Trump – tidak memelihara sebarang haiwan peliharaan semasa menjawat jawatan itu.

Sumber: BBC
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!