[VIDEO] "Yang Ini Dalam RM 150,000 Je" Parodi Lelaki Ini, Buat Netizen Tidak Kering Gusi );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] “Yang Ini Dalam RM 150,000 Je” Parodi Lelaki Ini, Buat Netizen Tidak Kering Gusi

Share

Pernah tular dengan video yang seakan serupa beberapa minggu lalu, lelaki ini sekali lagi tampil dengan video terbaru yang sangat mencuit hati.

Menggunakan video suara latar yang pernah ‘viral’ sebelum ini, ianya dilihat seakan hampir serupa dengan situasi sebenar kerana suara dan pergerakan mulutnya yang hampir serentak.

Meskipun berlainan rupa dan suara, namun situasi yang digunakan hampir sama kerana masing-masing menggunakan kucing sebagai topik perbualan.

 

Paling mencuri perhatian adalah apabila beliau mempamerkan beberapa ekor kucing yang sangat comel dan kesemuanya seakan sudah terbiasa dibelai dan diangkat oleh lelaki ini.

Menggunakan dialog yang serupa dengan video asal, rata-rata harga mahal yang dinyatakan kesemuanya ditujukan pada kucing-kucing beliau di mana ianya tersangatlah mahal jika seekor kucing mencecah harga ratusan ribu ringgit.

lelaki

Sekiranya anda belum pernah lagi melihat video yang asal, berikut merupakan rakaman yang dikongsikan oleh mstaronline di youtube.

 

Meskipun ianya hampir serupa, rata-rata netizen merasakan ianya cukup mencuit hati dan ruangan komen dipenuhi dengan gelak tawa dan reaksi yang positif.

lelaki

“Dia bukan menganjing, dia mengucing terok”

lelaki

lelaki

Penulis berharap agar tiada isu kontroversi yang dibangkitkan oleh pihak tertentu berkenaan penghasilan video ‘parodi’ ini.

Anggaplah ianya hanya satu gurauan semata-mata dan sekadar hiburan buat masyarakat di Malaysia.

 

[Sumber: Tiktok]

 

Baca Juga: Kucing Ini Akan Perangkap Anjing Masuk Dalam Sangkar Dan Kurungnya Setiap Kali Menyampah Dengannya

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!