Curi Kucing, Pekerja Kurier Tinggalkan Nota Minta Maaf Kepada Tuan Kucing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Curi Kucing, Pekerja Kurier Tinggalkan Nota Minta Maaf Kepada Tuan Kucing

Share

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota menawarkan ganjaran sebanyak 2,000 USD kepada sesiapa yang menjumpai kucingnya yang dicuri oleh seorang pekerja kurier penghantaran.

Pekerja kurier tersebut dikenali sebagai Byron Vieau, 23, yang telah didakwa atas mencuri dan kesalahan meninggalkan haiwan, menurut pejabat syerif Carver County.

Menurut pejabat syerif, Byron telah mencuri kucing Heidi Delbac yang bernama Dot pada 10 Oktober lalu setelah melakukan penghantaran di kawasan rumah tersebut.

Dot adalah seekor kucing yang mempunyai bulu lebat berwarna hitam dan putih dengan berat kira-kira 6 kg

Setelah mencuri kucing tersebut, Vieau telah ‘berubah hati’ dan melepaskan Dot di tepi jalan.

Menurut Vieau, dia sebenarnya adalah seorang pencinta haiwan dan hanya mahukan haiwan peliharaan buat dirinya.

Vieau berkata demikian dalam suratnya yang ditinggalkan kepada Heidi pada 11 Disember.

“Saya adalah seorang yang amat cintakan haiwan dan hanya mahukan haiwan peliharaan buat diri saya,” kata Vieau.

Tambah Vieau, selepas mencuri Dot dia merasa bersalah dan mengambil keputusan untuk melepaskan kucing tersebut.

“Saya tidak pernah mencederakannya dan saya tidak mahu menyakitkan hati sesiapa. Saya sangat malu.

“Saya tidak terfikir untuk menjadi orang jahat… Saya minta maaf terhadap apa yang saya telah lakukan,” katanya lagi.

Nota yang ditinggalkan Veiau

Heidi memuatnaik gambar surat tersebut dan video rakaman yang menunjukkan Vieau bermain dengan Dot sebelum mencurinya di Facebook miliknya.

Heidi bagaimanapun berkata bahawa dia tidak mempercayai isi kandungan surat tersebut dan memanggil Vieau ‘penipu’.

PLEASE SHARE- $2000.00 CASH REWARD to anyone with information that leads to Dot- Alive or not. Individual named…

Posted by Heidi Dalbec on Khamis, 19 Disember 2019

“Byron menipu saya dua kali selepas Dot dicuri, dia menipu kepada pihak polis kemudian harinya, saya merasakan dia masih menipu tentang apa yang dia lakukan kepada Dot. Dalam dunia saya ini adalah tragedi yang tidak patut berlaku dan saya harap ia tidak berlaku kepada orang lain,” kata Heidi.

“Dot adalah seekor kucing yang SANGAT SANGAT mesra/peramah.

“Ia akan sangat dirindui,” tambahnya lagi.

[Foto: Facebook Heidi Dalbec]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!