Adopt Kucing Melalui Kempen 'Date With Your Pet', Percuma Bekalan Makanan Selama 1 Bulan );

Type to search

Haimeow Cattiviti

‘Adopt’ Kucing Melalui Kempen ‘Date With Your Pet’, Percuma Bekalan Makanan Selama 1 Bulan

Share
Date With Your Pet

Sempena hari Valentine yang akan tiba, Mars Petcare menganjurkan kempen ‘Date With Your Pet’ bagi menyebarkan rasa sayang terhadap haiwan yang memerlukan kasih sayang dengan program adopsi atau memberi sumbangan melalui platform beli-belah dalam talian.

Pengarah Nutrisi Haiwan Peliharaan D-Commerce Mars Petcare Asia Tenggara, Phua Fui Ching berkata terdapat banyak haiwan peliharaan di pusat penjagaan haiwan yang masih ternanti-nanti untuk rumah kekal mereka.

Menerima kehadiran anjing atau kucing ke rumah anda boleh membentuk persahabatan dan mendidik anak-anak pelajaran yang berharga mengenai tanggungjawab untuk menjaga makluk yang lain,” katanya.

Melalui kempen ‘Date With Your Pet’, 20 individu pertama yang melakukan proses adopsi akan menerima bekalan makanan haiwan selama sebulan yang merangkumi pilihan makanan kering dan basah serta snek.

Mereka yang berminat untuk melakukan proses adopsi boleh berbuat demikian dengan mengunjungi kedai Whiskas dan Pedigree di Shopee dan menekan sepanduk ‘Date With Your Pet’ untuk disambungkan terus ke halaman kempen yang akan memaparkan pusat perlindungan PAWS di mana anda boleh mengetahui mengenai proses pengambilan haiwan angkat.

Tambah Fui Ching, bagi mereka yang mahu menyumbang tetapi tidak mahu melakukan proses adopsi, mereka boleh melakukan perkara demikian dengan membeli  produk haiwan peliharaan melalui akaun rasmi Lazada Whiskas dan Pedigree.

10% daripada setiap pembelian akan disalurkan dalam bentuk makanan haiwan ke sebuah pusat perlindungan haiwan yang terletak di Seremban, FurryKids Safehaven.

Selain itu, pembeli terbanyak berpeluang untuk memenangi rantai SHEBA bertatah Swarovski yang eksklusif bernilai RM499!

Kempen ini akan bermula dari 14 sehingga 28 Februari ini, jadi jangan lepaskan peluang anda!

Date With Your Pet
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!