Daun Nepeta Cataria Buat Si Bulus Hiperaktif
Share

Nepeta cataria tumbuhan yang datangnya dari kawasan utara Eropah, Amerika Utara, New Zealand dan Asia Tengah. Pokok renek yang mengeluarkan daun dan bunga berwarna putih ungu sangat diminati oleh si bulus.
Pokok ini juga sejenis pokok herba yang kucing suka hidu, jilat, gigit dan geselkan badannya pada daun. Pokok ini juga dikenali sebagai catmint atau catswort. Atau bahasa yang paling mudah adalah catnip.