);

Type to search

Cerita Haimeow

Definisi Sebenar ‘I Trust You’, Hidup Si Kucing Terbiar Berubah Setelah Berjumpa Sahabat Barunya

Share

Seperti manusia, haiwan juga mampu mempunyai kehidupan yang lebih baik sekiranya diberi peluang hidup yang baru.

Kehidupan kucing jalanan yang kesunyian mampu berubah 360 darjah apabila berjumpa dengan keluarga baru yang akan menjaga serta menyayangi mereka.

Begitulah yang terjadi kepada seekor kucing yang dinamakan Bella, si comel mendapat kehidupan baru apabila seorang wanita bernama Gabrielle mengambil keputusan untuk menjaganya.

Bella bukan sahaja menerima ibu baru, malah si comel juga mendapat teman baru iaitu seekor anjing bernama Butta.

Menurut pusat perlindungan yang menyelamatkan Bella, Bella dijumpai di sebuah bangunan terbiar dan telinganya tidak sempurna kerana sering bergaduh dengan kucing jalanan yang lain.

“Bagi saya, Bella ialah pahlawan sebenar”, ujar Gabrielle yang terharu dan menggemari semangat si comel itu

Butta dan Bella sangat rapat dan gemar bermain serta mengusik antara satu sama lain membuatkan Gabrielle gembira melihat penerimaan kedua-duanya.

Meskipun ada masa dua ekor rakan baik itu bermain agak kasar, namun Butta dan Bella mempunyai hubungan yang sangat rapat dan melengkapi antara satu sama lain.

Pernah suatu ketika, ketika keluarga tersebut dalam perjalanan ke Louisiana Gabrielle terkejut apabila dua ekor rakan baik itu tidur dalam keadaan yang mengejutkan dan pelik.

Bella tertidur dengan kepalanya betul-betul terletak dalam kepala si Butta!

Si ibu tidak melepaskan peluang dengan merakam tingkah laku dua ekor rakan baik yang dianggap pelik namun lucu itu.

Menurut Gabrielle sehingga kini mereka tidak lagi mengulangi ‘snuggle’ yang pelik itu.

Namun dia cukup bahagia melihat dua ekor rakan baik itu bagaikan tidak boleh berpisah dan sesungguhnya hubungan mereka sangat istimewa.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!