Disangka Sakit, Rupanya Kucing Ini Rindu Tuannya Yang Telah Pergi - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Disangka Sakit, Rupanya Kucing Ini Rindu Tuannya Yang Telah Pergi

Share

Seekor kucing yang bernama Rambo menjadi viral di media sosial setelah gambarnya duduk di pusara tuannya mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook milik Fadhil Raihan, kucing oren tersebut kelihatan sedang duduk dalam keadaan sugul sambil memerhatikan batu nisan tuannya.

“Ini namanya “Rambo”, tulis Fadhil.

Ini namanya “Rambo”. Kucing persia yang sejak kecil diadopsi oleh almarhum ayah saya, dia sehari-hari hanya dirumah…

Posted by Fadhil Raihan on Khamis, 26 Disember 2019

“Kucing parsi yang diadopsi oleh almarhum ayah saya sejak kecil, hari-hari hanya di rumah bersama ayah saya.

“Makan dan minumnya diperhatikan, bahkan jika sakit dibawa berjumpa doktor haiwan. Tidur pun selalu bersama ayah saya,” tambah Fadhil.

Menurutnya lagi, Rambo secara tiba-tiba sakit pada hari bapanya pergi – badannya panas dan tidak mahu makan.

Rambo turut duduk bersama para tetamu selama 7 hari yang hadir membacakan Yaasin buat arwah ayahnya.

Sejak pemergian bapanya, Fadhil berkata kesihatan Rambo mulai menurun dan sentiasa dehidrasi.

Ini membuatkan keluarganya risau dan sentiasa membawa Rambo berjumpa vet sehinggakan terpaksa ditinggalkan di klinik haiwan.

Setelah vet mengesahkan bahawa Rambo telah sihat, mereka membawa Rambo pulang ke rumah tetapi menurutnya, Rambo tetap masih tidak bermaya walaupun sudah mula mahu makan sedikit demi sedikit.

Vet kemudiannya memberitahunya bahawa itu adalah gejala kucing yang sedang dalam kesedihan dan merasa kehilangan.

Keluarganya kemudiannya memutuskan untuk membawa Rambo menziarahi kubur bapanya.

“Ketika sesampainya di makam almarhum ayah saya, si Rambo hanya terduduk diam sambil memandang sekeliling. Kemudian ia berjalan sendiri dengan mata yang sayu menuju ke arah batu nisan ayah saya, dan duduk diam sepanjang kami membaca doa.

“Setelah selesai membaca doa, Rambo masih tidak beredar dari tempat duduknya. Pandangannya hanya tertuju kearah batu nisan dan sesekali menggosokkan badannya diatas batu nisan,” jelas Fadhil.

Menurut Fadhil, selepas berkunjung ke kubur arwah bapanya, barulah Rambo mula mahu makan dan keadaannya juga makin bertambah baik.

“Saya mula memahami bahawa haiwan yang setia juga ternyata mempunyai perasaan yang sama dengan manusia. Hanya cara mengungkapnya sahaja berbeza, siapa yang tahu?” tulis Fadhil mengakhiri coretannya itu.

[Sumber: Facebook Fadhli Raihan & Dina Alfina]

Tags:

You Might also Like

1 Comment

  1. Anonymous January 2, 2020

    Fadhli itu kubur non muslim apakah ayahmu non muslim dsn kamu juga?

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!