Duo: Kucing Bermuka Dua Yang Ajaib - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Duo: Kucing Bermuka Dua Yang Ajaib

Share

Adakah anda pernah melihat kucing yang lahir dengan dua muka atau dipanggil diprosopu? Kucing yang menghidap masalah ini kebiasaannya hanya mampu bertahan sehingga beberapa hari disebabkan komplikasi lain yang timbul.

Di California, seekor kucing bernama Duo yang menghidap masalah ini berjaya mengatasi segala jangkaan apabila ia kini sudah hidup selama empat bulan.

Seorang vet yang berasal dari California, Dr. Ralph Tan mengambil Duo untuk dijaga selepas rakannya memberitahu bahawa kucingnya baru melahirkan anak dan salah seekornya menghidap diprosopus.

Beliau secara sukarela menawarkan diri untuk menjaga Duo walaupun berdepan kesusahan pada awalnya.

Menurutnya, Duo pada mulanya tidak mahu makan dan ini membuatkan beliau terpaksa memberinya makan menggunakan tiub setiap lima jam.

Dr. Ralph juga terpaksa mendapatkan antibiotik yang kuat bagi masalah jangkitan pernafasannya, yang beliau risau akan turut mengganggu buah pinggangnya.

Selain itu, mata tengah Duo tidak berfungsi dan ia akan dibuang melalui proses pembedahan selepas ia mempunyai berat yang cukup untuk proses tersebut.

Duo juga memerlukan pembedahan di kedua-dua matanya yang berfungsi kerana kelopak matanya tumbuh ke dalam dan mengganggu bola matanya.

Beberapa minggu lalu, Duo mengahdapi sawan dan tidak dapat menggerakkan kakinya, namun dengan kekuatan dan semangatnya ia berjaya sembuh.

Walaupun berdepan banyak masalah, Dr. Ralph berkata Duo tidak menunjukkan tanda-tanda sakit dan ia terus melalui proses tumbesaran, walaupun lebih perlahan daripada anak kucing biasa.

Tambahnya lagi, masalah yang timbul sekarang adalah ketika waktu makan, kedua-dua mulutnya berebut untuk makan dalam waktu yang sama.

Bercakap kepada Inside Edition, Dr. Tran berkata, “Ia mungkin dilahirkan tidak sempurna, ia mempunyai cabaran tersendiri, tetapi ia menikmati hidupnya, ia suka bermain, ia mengambil semua cabaran hidup dan menukarnya menjadi sesuatu yang positif.”

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!