Endoparasit: Parasit Dalaman Yang Mampu Gugat Nyawa Si Bulus Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Endoparasit: Parasit Dalaman Yang Mampu Gugat Nyawa Si Bulus

Share

Antara perkara yang menjadi kebimbangan setiap pemilik kucing adalah kehadiran endoparasit, atau parasit yang tinggal di dalam organ dalaman si bulus. Ini kerana parasit jenis ini duduk menumpang dalam badan kucing dan mampu menyerang organ dalaman kucing, menyebabkan kucing jatuh sakit. Dalam kes yang serius, mampu membawa maut.

Sesetengah parasit ini juga bersifat zoonosis, maksudnya mereka berkemampuan menjangkiti manusia.

Endoparasit mampu menyebabkan penyakit gastrointestinal, termasuk kehilangan selera makan, penurunan berat badan, muntah, cirit-birit dan perut buncit.

CACING

– Cacing Gelang (Roundworm)

Salah satu daripada spesis Nematodes, berwarna putih, mempunyai saiz yang besar dan mampu mencapai kepanjangan sehingga 10 sentimeter. Cacing Gelang akan mendiami dan menyerang usus kecil si bulus.

Cacing gelang mampu mendatangkan keradangan pada dinding perut kucing; anak kucing mengalami gangguan gastrointestinal (Gi tract disorder) yang menyebabkan kesakitan pada bahagian perut, cirit-birit, sembelit; anemia, kehilangan darah kerana kerosakan lapisan usus, kerosakan tisu dan pembentukan cyst pada organ.

– Cacing Pita (Tapeworm)

Bentuk fizikal cacing pita panjang dan rata seperti riben dan pita pelekat. Ia juga mendiami dan menyerang usus kecil si bulus.

Cacing pita mampu menyerap nutrisi daripada kucing menyebabkan kucing kehilangan berat badan dan mengalami cirit-birit.

– Cacing Kerawit (Hookworm)

Cacing kerawit bersaiz kurang daripada 1 sentimeter, mempunyai cangkuk yang membenarkan cacing ini melekat pada lapisan usus kecil kucing dan menghisap darah

Kucing yang diserang cacing kerawit akan kehilangan protein dan mengalami anemia, selain menyebabkan kelesuan dan keletihan pada kucing dan cirit-birit.

Lawan parasit-parasit ini dengan Broadline daripada RhoneMa Malaysia Sdn Bhd.

Sebagai pemilik kucing, anda haruslah peka dan ambil berat tentang kesihatan kucing anda dan menyediakannya dengan perlindungan yang terbaik daripada parasit-parasit tersebut.

Memperkenalkan Broadline, penyelasaian parasit paling komprehensif untuk kucing yang terbukti dan dipercayai oleh pakar veterinar. Broadline mampu merawat dan memberi perlindungan si bulus daripada parasit luaran (pinjal, sengkenit, kutu dan hama) dan dalaman, termasuk cacing.

 

Dengan adanya Broadline, pemilik kucing tidak perlu lagi menjalani proses ‘deworming’ sama seperti produk lain yang terdapat di pasaran. Cara penggunaan Broadline jugalah amat cepat, mudah dan selamat – anda hanya perlu letakkan cecair ubat pada bahagian belakang leher si bulus. Anda tidak perlu lagi bersusah payah memaksa atau ‘bergelut’ dengan si bulus untuk memberinya ubat melalui mulut atau memasukkan ubat ke dalam makanannya.

Pelbagai kajian komprehensif telah dilakukan yang menunjukkan keberkesanan Broadline dalam melawan parasit yang merbahaya kepada kesihatan kucing. Dengan Broadline, anda tidak perlu risau lagi kerana anda telah memberinya perlindungan luaran dan dalaman yang terbaik

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!