"Exercise Sikit!" - Kucing Ini Tarik Rakannya Yang Malas Berjalan Di Tepi Pantai Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor

“Exercise Sikit!” – Kucing Ini Tarik Rakannya Yang Malas Berjalan Di Tepi Pantai

Share

Gelagat seekor kucing yang seakan-akan memaksa rakannya yang ‘pemalas’ supaya ‘bersenam’ bersamanya di dalam sebuah video berjaya mencuit hati orang ramai.

Kedua-dua ekor kucing tersebut, yang terikat bersama-sama, mempunyai tingkah laku yang berbeza dengan seekor mahu bersiar-siar di sekitar pantai tersebut manakala rakannya pula lebih gemar duduk berjemur di bawah sinaran matahari.

Video tersebut dirakam oleh pemilik mereka di Hue, Vietnam.

Kucing ‘pemalas’ berkenaan kelihatan membiarkan saja dirinya ditarik oleh rakannya itu dan tidak menunjukkan sedikit usaha untuk bangun.

Kucing ‘rajin’ itu pula dilihat mengambil nafas seketika kerana penat menarik rakannya yang ‘malas’ itu.

Setelah puas dipaksa oleh rakannya itu, akhirnya kucing ‘pemalas’ berkenaan akur dan bangkit untuk mengikut rakannya itu berjalan bersama-sama.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!