Fakta Menarik Kenapa Kucing Suka Makan Rumput Verst Haimeow );

Type to search

Fakta Menarik Kenapa Kucing Suka Makan Rumput

Haimeow Cattiviti

Fakta Menarik Kenapa Kucing Suka Makan Rumput

Share

Kita selalu tengok dan perhatikan kenapa kucing kesayangan kita bila diberi keluar rumah mereka pasti akan makan rumput-rumput di laman rumah.

Sebab kenapa mereka makan rumput adalah kerana ingin mengawal atau membersihkan gumpalan bulu mereka yang ada dalam badan mereka. Ianya sudah menjadi sifat secara semula jadi mereka untuk makan rumput.

Kucing, Rumput, Makan, Alam

Setelah mereka membersihkan badan mereka, bulu-bulu mereka akan berkumpul di dalam perut dan jika tidak dibuang akan membuat perut mereka merasa tidak selesa dan sakit. Mereka akan kehilangan selera makan dan tiada semangat untuk membuat apa-apa.

Dengan memakan rumput, mereka akan memuntahkan kembali bulu-bulu di dalam perut mereka dan mereka akan menjadi lebih selesa dan ceria.

Anda perlu diingatkan untuk sentiasa memberi mereka ruang dan masa untuk mereka membersihkan diri dan mengubati masalah mereka secara alami. Jika kelakuakan mereka agak mencurigakan dengan memakan sesuatu yang berlainan dari makan harian mereka, itu bermakna mereka ingin membuang gumpalan bulu dalam perut mereka secara paksa dan tidak normal.

Shorthair Inggris, Kucing, Mieze

Jangan biarkan perkara ini berlaku kerana ia mungkin boleh menggangu sistem penghadaman dan merosakkan usus mereka. Segera lepaskan mereka sebentar ke luar dan biarkan mereka makan rumput di luar. Tapi pastikan juga rumput tersebut bebas dari sebarang racun.

Takut mereka termakan rumput beracun dan terjadi perkara yang tidak diingini. Segera dapatkan rawatan doktor jika perkara ini berlaku. Kasihani dan perhatikan kelakuan mereka supaya kita lebih mudah untuk memahami mereka.

Sumber: Sinar

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!