Fakta Menarik Tentang Baka American Curl Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Baka Longhair Shorthair

Fakta Menarik Tentang Baka American Curl

Share

American Curl adalah salah satu baka kucing yang unik dan mudah untuk dikenali oleh sesiapa sahaja kerana bentuk telinganya yang lain daripada yang lain. Jom kenali baka ini dengan lebih lanjut!

Adakah Telinga American Curl Melengkung Sejak Lahir?

Ketika ia lahir, kucing American Curl adalah berbentuk lurus dan runcing, seperti kucing-kucing lain. Selepas tiga ke lima hari telinganya akan mulai melengkung atau melentik sehinggalah usianya 4 bulan dan akan kekal selama-lamanya.

Lengkungan di telinga American Curl adalah hasil mutasi yang berlaku secara spontan.

Ukuran lengkungan telinga American Curl adalah dari 90 darjah (ukuran lurus) kepada 180 darjah (ukuran lengkungan telinga). Dalam pertandingan kucing, juri akan melihat dan menilai tahap lengkungan telinga kucing ini.

Adakah Lengkungan Memberi Kesan Terhadap Pendengaran?

Tidak. Pendengaran American Curl berfungsi dengan baik walaupun telinganya melengkung. Bagi mereka yang memelihara baka American Curl, anda harus selalu memeriksa dan membersihkan telinga kucing ini bagi mengelak tahi telinga bergumpalan.

Asal Usul Kucing American Curl

Baka American Curl pertama kali ditemui pada tahun 1981 di Lakewood, California. Baka American Curl yang pertama berwarna hitam dan diberi nama Shulamith. Ia kemudian melahirkan beberapa ekor anak dan sejak itulah berlaku pembiakan baka ini.

Ekor Seperti Kapas

Telinganya bukan sahaja perkara yang unik bagi baka ini. Ekornya juga gebu seperti kapas dan membuatkan sesiapa yang melihatnya akan berasa geram!

Bijak Dan Nakal!

Kucing American Curl sangat bijak dan nakal! Ia pandai membuka pintu dan kabinet. Jika anda memelihara baka ini, simpan baik-baik makanan atau barang-barang anda atau si nakal ini akan mengambilnya.

Suka Berada Di Tempat Tinggi

Kucing American Curl gemar berada di kawasan yang tinggi, jadi jangan hairan jika anda selalu menjumpainya di atas almari atau di kabinet. Jika anda membela baka ini, belikannya cat tree yang tinggi.

Friendly

Baka ini sangat peramah! Dengan sikapnya yang manja, setia dan penyayang, ia akan mengikut anda ke mana sahaja dan sentiasa mahukan perhatian atau belaian.

Kucing Yang ‘Cool

Kucing American Curl bukanlah kucing yang bising atau vokal yang sentiasa mengiau kepada tuannya. Baka ini lebih gemar menunjukkan kasih sayangnya melalui perbuatan.

Sukakan Headbutt

Baka American Curl gemar menyapa keluarga atau tuannya dengan headbutt, atau menggosok kepalanya ke mana-mana anggota badan anda. Menarik kan!

Awet Muda

Kucing ini juga digelar “forever kitten” atau “anak kucing selama-lamanya” kerana sikap dan rupanya kekal awet muda seperti anak kucing walaupun meningkat dewasa.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!