Fakta Menarik tentang Kucing Gurun Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Baka Eksotik

Fakta Menarik tentang Kucing Gurun

Share

Mesti ramai yang kurang tahu bahawa dengan padang pasir pun terdapat habitat kucing yang boleh hidup dengan keadaan di sana.

Felis Margarita atau lebih mudah dikenali sebagai Kucing Gurun merupakan sebuah habitat kucing yang unik namun sayang ianya boleh dikategorikan spesis terancam. Menurut IUCN (International Union For Conservation Of Nature)  pada tahun 2002, populasi pasir gurun menurun disebabkan pemburuan dan pembelian secara haram.

Disini kami akan memberikan fakta-fakta menarik mengenai baka yang unik ini.

1. Habitat
Kucing Gurun merupakan spesis yang boleh hidup di kawasan bergurun pasir dan panas seperti Arab, Mesir, Pakistan dan kawasan yang mempunyai iklim dan keadaan berpasir. Mungkin ini adalah sebab mengapa kurangkan informasi mengenai mereka.

File:Sand cat at bristol zoo arp.jpg - Wikimedia Commons

2. Fizikal
Bagi yang tak tahu, kucing gurun ni kita boleh kenali dengan wajahnya yang besar dari badan. Telinganya juga besar bagi membolehkan mereka mengesan dengan pantas pemangsa yang berhampiran.

Tapak kaki mereka juga amat tebal bagi membolehkan mereka berjalan di atas pasir yang agak panas tanpa meninggkalkan kesan.

Warna bulu mereka juga hampir sama dengan warna padang pasir dimana ia membantu dari segi penyamaran dan sebagai mengekalkan suhu badan.

Sand cat resting | A portrait of a sand cat lying down. Made… | Flickr

3. Pemburu yang hebat
Kucing Gurun amat tangkas dan cekap dalam memburu ular padang pasir. Hal ini disebabkan sifat semulajadi mereka yang berani dan cekap dalam memburu. Mereka akan menggunakan kuku dan gigi mereka yang tajam untuk membunuh ular.

Masih kurangnya informasi mengenai mereka kerana kurangnya kajian dibuat oleh pakar-pakar yang ada.

Rupa mereka memang comel tetapii mereka tidaklah sesuai untuk dijadikan haiwan perliharaan kerana keadaan dan iklim di negara kita tidak sesuai.

Sumber: Themamamiaow.com, IDN Times

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!