Fasa 'In Heat', Kucing Betina Mengalami Tekanan Jika Tidak Mengawan - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Fasa ‘In Heat’, Kucing Betina Mengalami Tekanan Jika Tidak Mengawan

Ain Huda
Share

Kematangan seksual kucing betina bermula umur enam bulan dan akan berulang sekurang-kurangnya dua minggu sekali sehingga bunting. Ada juga kematangan seksual mengikut baka. Sebagai contoh, kucing jenis Siamese akan mula ‘in heat’ seawal lima bulan, Persian bermula pada umur 10 bulan.

Kucing mengawan bukan setiap masa, ia ada musim atau ‘seasonally polyestrous‘. Beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kucing untuk mengawan iaitu waktu siang yang melebihi 12 jam, suhu sekeliling dan kehadiran kucing lain di kawasannya.

Ketahui fasa kucing semasa ‘in heat’ dan mahukan pasangan untuk melepaskan rasa tertekan.

 

Fasa Proestrus

Dalam tempoh matang ini, kucing betina akan mengalami ‘in heat’ dipanggil proestrus iaitu fasa pertama untuk mengawan. Fasa ini hanya berlaku dua hingga tiga hari sahaja. Vulva kucing akan membesar dan sedikit basah tatapi masih lagi tidak mengawan.

Dalam proses ini, kucing betina akan menjadi lebih manja, selera makan bertambah dan tidak duduk diam. Walaupun kucing betina suka berguling-guling untuk menarik perhatian si kucing jantan, tetapi tidak mahu mengawan.

 

Fasa Estrus

Fasa ini adalah bermula kucing betina mula menerima kucing jantan. Proses ‘heat’ ini dikenali sebagai pembiakan kucing atau ‘breeders’ yang boleh berlarutan sehingga lebih seminggu.

Jika tiada berlaku sebarang proses mengawan, kucing betina mula rasa tertekan dan fasa estrus akan berterusan. Oleh itu, kucing betina akan mencari pasangan untuk mengawan. Disebabkan tekanan, kucing betina hilang selera makan, tempoh tidur terganggu dan tingkah laku berubah.

 

Fasa Interestrus

Kelakuan kucing betina pada fasa interestrus bergantung pada fasa estrus. Jika semasa estrus kucing betina tidak mengawan, dalam tempoh tujuh ke 14 hari kitaran baru akan bermula dengan fasa proestrus seterusnya estrus.

Tetapi jika sudah mengawan, kucing betina akan menolak kucing jantan dengan aggresif yang cuba mengawan dengannya. Ada juga sedikit pergaduhan.

Sekiranya kucing betina berlaku ovulasi dan mengawan tetapi tidak mengandung, kucing betina akan mengalami fasa pseudopregnancy selama 36 hari. Dalam tempoh itu, apabila kucing betina mengandung, anak kucing akan dilahirkan selepas dua bulan atau 63 hari.

 

Fasa Anestrus

Semasa fasa anestrus, kucing betina akan berehat dari reproduksi dan tidak mengalami kitaran reproduksi dari fasa proestrus hingga fasa interestrus.

[Sumber: TikTok @momothebengal]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!