Gadis Ini Bawa Kucingnya Yang Terlalu 'Clingy' Ke Kelas, Gelagat Kucing Ini Bersembunyi Bawah Meja Pikat Hati Netizen Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Gadis Ini Bawa Kucingnya Yang Terlalu ‘Clingy’ Ke Kelas, Gelagat Kucing Ini Bersembunyi Bawah Meja Pikat Hati Netizen

Share

Seorang gadis China terpaksa membawa kucingnya ke kelas bersamanya selepas kucing itu tidak membenarkan gadis tersebut meninggalkannya di rumah.

Gadis tersebut, Wen memberitahu MailOnline bahawa dia sedang bersiap untuk ke kelas dan tiba-tiba kucing Munchkinnya yang bernama Ba Dun datang kepadanya dan bermanja-manja.

“Ba Dun terus memeluk kaki saya dan kelihatan sangat sedih kerana dia mahu saya tinggal bersamanya,” kata Wen.

“Tetapi saya sudah terlambat untuk kelas saya. Saya tidak sanggup melihatnya sedih, jadi saya membawanya ke kelas, ” tambahnya.

Sepanjang berada di dalam kelas, Ba Dun bersembunyi di bawah meja dan Wen sempat merekod reaksi comel kucing tersebut ketika bersembunyi.

“Dia sangat baik dan tidak mengeluarkan sebarang suara,” kata Wen.

Menurut Wen, nama Ba Dun, membawa maksud ‘lapan makanan’, dan dia memberi nama tersebut kerana kucingnya itu mempunyai selera yang tinggi.

“Dia boleh makan lapan kali setiap hari jika saya membiarkannya,” kata Wen.

Video Ba Dun menjadi tular di internet dan orang ramai sangat terhibur dengan gelagat comel kucing tersebut bersembunyi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!