Gadis Ini Dakwa Air Liur Kucing Rawat Masalah Jerawatnya Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Gadis Ini Dakwa Air Liur Kucing Rawat Masalah Jerawatnya

Share

Seorang gadis mendakwa bahawa dia telah menjumpai ‘produk skincare’ yang mujarab bagi menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit – air liur kucing!

Bunyinya agak pelik, tetapi Dinda, yang berasal dari Indonesia, berkata dia telah melakukan rutin penjagaan kulit tersebut selama tiga bulan dan menunjukkan hasil jerawat yang berkurangan di mukanya.

Kucing Dinda, Nia mempunyai tabiat menjilat mukanya ketika dia duduk di meja belajar sambil membuat kerja.

Adik Dinda, Debi yang merekod video viral tersebut, memberitahu bahawa Nia hanya menjilat muka Dinda sahaja dan tidak akan menjilat muka orang lain.

Selepas membaca kisah Dinda, mungkin anda berminat untuk mencuba rutin penjagaan kulit yang dilakukannya kan?

Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Harvard Medical School mungkin membuatkan anda berfikir berkali-kali untuk mencuba teknik ini.

Menurut kajian tersebut, air liur kucing “boleh mengandungi organisma yang mampu menyebabkan penyakit jika ia masuk ke dalam kulit atau bersentuhan dengan membran mucous mulut, hidung atau mata”.

Awal November ini, seorang lelaki berusia 63 tahun, yang sebelumnya sihat, mati selepas dijangkiti penyakit dipercayai daripada air liur anjingnya.

Lelaki tersebut dilaporkan terkena jangkitan Capnocytophaga canimorsus, bakteria yang boleh didapati pada anjing, kucing dan – dalam kes yang sangat jarang – juga manusia.

Walaupun bakteria itu kebiasaannya dipindahkan melalui gigitan, tetapi terdapat juga kes jangkitan Capnocytophaga canimorsus berlaku disebabkan jilatan.

Lelaki tersebut dimasukkan ke dalam hospital selama dua minggu dan disahkan dijangkiti penyakit pneumonia, gangren dan demam panas 41°C.

Foto & Video: NewsFlare

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!