Gara-gara Halau Kucing, Pasaraya Tesco Di England Diboikot Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Gara-gara Halau Kucing, Pasaraya Tesco Di England Diboikot

Share

Sebuah pasaraya Tesco Express di Drayton, Norwich diboikot oleh pelanggan setelah melarang kucing daripada ‘melepak’ di kawasan pasaraya tersebut.

Tindakan melarang kucing tersebut, yang bernama Pumpkin, membangkitkan kemarahan pelanggan dengan majoriti menegaskan bahawa mereka tidak akan membeli-belah di pasaraya itu lagi.

Pumpkin dulunya adalah seekor kucing jalanan di kawasan kejiranan itu sebelum dibela oleh seorang penduduk, Jo Harding dan sangat popular dalam kalangan pelanggan Tesco tersebut.

Ia sentiasa berkunjung ke pasaraya tersebut untuk melepak dan tidur, serta menyambut pelanggan yang berkunjung ke pasaraya itu.

Salah seorang ketua di pasaraya itu, Andrew Tabiner berkata bahawa kucing tersebut dilarang daripada berada di situ kerana ia “melanggar polisi Tesco”.

“Kami tidak membenarkan ia berada di sini kerana ia melanggar polisi Tesco, kami melakukan apa yang kami mampu bagi menghalangnya daripada masuk. Ini bukan kedai haiwan peliharaan,” kata Andrew.

Namun, orang ramai pantas mempertahankan kucing tersebut dengan ada yang mengatakan bahawa tindakan tersebut sebagai tidak masuk akal.

“Saya tak pasti bagaimana kamu mahu ‘menghalang’ kucing daripada berada di mana-mana, terutamanya seekor kucing yang telah bertahun-tahun hidup di jalanan?! Semua orang suka dengan kehadirannya di sini dan atas sebab yang baik.” tulis seorang pelanggan di grup Facebook kawasan tersebut.

Seorang lagi menulis: “Kesian Pumpkin. Ia seekor kucing yang baik. Saya rasa semua penyokongnya patut memboikot Tesco.”

Pemiliknya berkata Pumpkin memang biasa bersiar-siar di kawasan kejiranan tersebut dan melepak di kedai-kedai di kawasan itu.

“Saya rasa ia hanya mahukan perhatian daripada orang ramai. Kami tinggal kira-kira 100 meter dari Tesco dan terdapat banyak kedai lain di kawasan sekitar. Ia juga suka melepak di pejabat estet, pusat kecantikan dan pub tetapi tempat kegemarannya adalah di Tesco.

“Sebelum kami membelanya, ia selalu menghabiskan masanya di Tesco. Saya tahu pekerja-pekerja di sana sukakannya. Pumpkin selalunya akan baring di pintu masuk – ia seperti seorang pengawal keselamatan!” kata Jo.

Tambahnya lagi, dia amat terkejut dengan sokongan yang diberikan terhadap kucingnya itu dan tidak menyangka sehingga ada yang mahu memboikot pasaraya itu.

“Saya tahu ia amat disayangi oleh penduduk di sini tetapi saya tidak sangka sehingga ke tahap ini! Saya faham kucing tidak sesuai berada di pasaraya tetapi saya tidak boleh mengurungnya sahaja di rumah, itu tidak adil baginya,” kata Jo lagi.

Foto: Jo Harding/swns.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!