Gelagat Kucing Ini Tidur Di Papan Tanda ‘Berhenti’ Cuit Hati Netizen
Share

Tidur sememangnya adalah salah satu aktiviti penting dan amat digemari oleh kucing. Kucing boleh menghabiskan masa kira-kira 16 hingga 20 jam untuk tidur sahaja! Seronok betul jadi kucing kan!
Kucing juga mempunyai bakat untuk tidur dengan selesa di kawasan yang kita tidak boleh jangka, seperti gelagat seekor kucing yang lena di sebuah papan tanda jalan ‘berhenti’.
Sebuah video dikongsi oleh seorang pemuda di akaun Twitternya, @adreeeeeeee yang menunjukkan kucing tersebut kelihatan sedang lena tidur di ruang tengah papan tanda tersebut.
Netizen begitu kagum dengan keupayaan kucing tersebut untuk tidur dengan lena di kawasan seperti itu.
Video berkenaan berjaya meraih lebih daripada 20 ribu retweet dan likes di Twitter.
Why do cats sleep in the most uncomfortable places? 😂 pic.twitter.com/qrR5dIalUr
— 🦖 (@adreeeeeeee) September 13, 2020