"Tapi Saya Kena Gigit Something!" - Gelagat Lucu Kucing Ini Bila Tuannya Tak Bagi Gigit Jari, Terus Gigit Kain

Type to search

Haimeow Cerita

“Tapi Saya Kena Gigit Something!” – Gelagat Lucu Kucing Ini Bila Tuannya Tak Bagi Gigit Jari, Terus Gigit Kain

Share
Kucing

Pernah tak anda dicakar atau digigit oleh kucing ketika sedang membelainya? Ini adalah perkara biasa dan pemilik kucing pasti faham akan situasi ini.

Kadang-kadang kita sendiri pun bingung dengan kerenah kucing kita kerana kelihatan seperti ia suka dibelai, tetapi beberapa saat kemudian tangan kita pula diserang olehnya.

Apabila kucing anda ingin menggigit anda, bolehkah anda memberhentikannya dengan hanya berkata “no”, seperti kucing dalam video di bawah ini.

Dalam video tersebut, seorang wanita sedang membelai kucingnya dan ia kemudiannya kelihatan mahu menggigit tangan wanita itu.

Tetapi wanita berkenaan pantas melarang kucingnya itu daripada berbuat demikian dengan berkata “no!”, dan apa yang menakjubkan adalah kucing itu patuh kepada arahan tuannya itu.

Tetapi mungkin tidak dapat menahan dirinya daripada menggigit, kucing itu kemudian menjadikan kain sebagai pengganti tangan tuannya itu.

Gelagat kucing itu berjaya mencuit hati orang ramai dengan video yang dikongsi tuannya di TikTok itu berjaya meraih 11.7 juta tontonan.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!