Hospital Australia 'Lantik' Oyen Sebagai Pengawal, Lengkap Dengan Kad Pekerja Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Hospital Australia ‘Lantik’ Oyen Sebagai Pengawal, Lengkap Dengan Kad Pekerja

Share

Sebuah hospital di Australia baru-baru ini telah melantik seekor kucing sebagai pengawal keselamatan baru mereka.

Elwood, seekor kucing yang berwarna oren dan putih, kini bertanggungjawab untuk memastikan Hospital Epworth berada dalam keadaan selamat sambil mendapat kasih sayang daripada pekerja dan pesakit di situ.

Chantel Trollip, seorang ahli patologi di hospital berkenaan berkata kucing tersebut telah berkeliaran di kawasan hospital sejak setahun yang lalu.

Sekitar bulan Jun yang lalu, Chantel terserempak dengan Elwood yang sedang memakai kad pekerja hospital sama seperti yang dia pakai.

“Saya perasan dia mempunyai kad pekerja sekitar Jun lalu. Ketika itu, saya sedang mengalami hari yang sedih, tetapi melihat ia memiliki kad pekerjanya sendiri membuat mood saya kembali ceria!” katanya kepada Bored Panda.

[Gambar: Chantel Trollip]
[Gambar: Chantel Trollip]

“Ketika kali pertama saya terserempak dengannya, ia tidak memakai apa-apa, jadi saya sangka ia adalah seekor kucing jalanan. Kemudian seseorang memakaikan kolar padanya dan sekarang ia mempunyai kad pekerjanya sendiri, sama seperti apa yang dipakai pekerja di hospital ini lengkap dengan kod di belakang,” tambah Chantel.

Walaupun tidak diketahui siapa yang memberinya kad pekerja tersebut, ia kelihatan seperti kad rasmi dengan gambar potretnya, nama dan jawatan. Elwood memakainya dengan bangga sambil berjalan-jalan ‘menjaga’ kawasan hospital.

“Ia baik hati dan peramah, tetapi tidak terlalu manja. Ia gemarkan belaian tetapi tidak terlalu lama dan lebih suka berjalan-jalan. Lagipun ia sebahagian daripada kumpulan keselamatan, ia perlu memastikan semua orang yang datang diperiksa,” kata Chantel.

[Gambar: Chantel Trollip]
[Gambar: Chantel Trollip]

Menurut Chantel, semua orang menyangka bahawa Elwood adalah seekor kucing jalanan kerana tiada sesiapa yang menanggalkan kad pekerjanya, sehinggalah baru-baru ini mereka mendapati bahawa Elwood sebenarnya tinggal di kawasan berhampiran dengan keluarganya dan datang ke hospital tersebut setiap hari untuk ‘bekerja’.

“Ia tidak pernah cuba untuk masuk ke dalam hospital, saya rasa ia terlalu kecil untuk mengaktifkan pintu automatik hospital.

“Seseorang telah mengambil piring pembedahan hospital dan menjadikannya sebagai bekas minuman untuknya,” jelas Chantel.

[Gambar: Chantel Trollip]
[Gambar: Chantel Trollip]

Tambah Chantel, Elwood kini adalah pekerja hospital yang paling popular dan dikenali oleh kesemua pekerja dan pesakit.

“Kami sentiasa berborak tentangnya. Pesakit-pesakit pun mengenali namanya. Ianya sangat seronok bertemu dengannya dan membelainya apabila kami pergi ke tempat kerja dan pulang ke rumah setiap hari.

“Saya rasa sesiapa yang ingin melakukan jenayah akan berubah hati apabila melihatnya. Ia memiliki bunyi meow yang sweet dan saya rasa sesiapa yang mempunyai niat jahat akan membatalkan niat tersebut. Jadi saya rasa inilah cara Elwood menjalankan tugasnya dengan baik,” kata Chantel.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!