Hotel Kapsul Di Jepun Tawar Penginapan Bersama Kucing, Sesuai Untuk Si 'Forever Alone' - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti Pilihan Haimeow

Hotel Kapsul Di Jepun Tawar Penginapan Bersama Kucing, Sesuai Untuk Si ‘Forever Alone’

Share

Bagi para pengembara ataupun backpackerz, hotel kapsul adalah antara penginapan pilihan kerana harganya yang murah dan lokasi yang kebiasaannya dekat dengan destinasi-destinasi menarik.

Jika dilihat, jumlah penyedia hotel kapsul juga semakin meningkat saban tahun dengan permintaan yang tinggi membuatkan pemain industri berlumba-lumba menyediakan hotel kapsul dengan konsep yang menarik.

Sebuah hotel kapsul di Jepun menawarkan satu kelainan yang unik kepada mereka yang menginap di hotel mereka – kucing sebagai peneman anda!

Neko Hatago yang terletak di Osaka adalah sebuah hotel kapsul yang turut menggabungkan kafe (Neko Yokujo) yang terletak di sebelah kawasan hotel.

Hotel kapsul Neko Hatago terletak di Osaka, Jepun.

Kedua-dua kawasan tersebut hanya dipisahkan dengan satu ruang yang menjadi tempat untuk kucing-kucing di situ tinggal.

Ruang tidur di dalam hotel kapsul mempunyai dinding cermin di bahagian belakang yang membolehkan mereka yang menginap mendapat ‘view‘ kucing secara menyeluruh – mungkin selepas ini ‘cat view‘ akan menjadi selling point buat pengendali hotel seperti ‘ocean view‘?

Ruang yang menjadi tempat tinggal kucing-kucing di Neko Hatago & Neko Yokujo
Dekorasi dalaman hotel yang mengetengahkan konsep kucing. Meowsome!

Walaupun menggunakan kaca sebagai dinding bahagian belakang, anda tidak perlu risau mengenai privacy kerana ia disusun supaya orang lain tidak dapat melihat ke dalam ruang kapsul anda.

Tirai turut disediakan di setiap bilik jika anda ingin menutup dinding kaca tersebut, tetapi kenapa nak tutup tirai sedangkan anda boleh menikmati pemandangan kucing yang indah depan mata kan?

Apa yang lebih menarik, pihak hotel turut menyediakan mainan kucing yang menggunakan alat kawalan jauh yang membolehkan anda bermain dengan kucing-kucing tersebut dari dalam kapsul anda.

Bilik berdua turut disediakan di hotel ini.

Setiap tetamu hotel akan diberikan baucar masuk dua jam ke kafe Neko Yokujo untuk bermain dan bermesra dengan kucing-kucing tersebut, dan apa yang istimewanya ialah tetamu hotel boleh memilih untuk masuk sebelum atau selepas waktu operasi kafe itu dibuka kepada orang ramai.

Neko Hatago baru memulakan operasi mereka pada 16 Disember lalu.

Untuk pengetahuan anda, hotel ini sebenarnya dikendalikan oleh sebuah syarikat kebajikan haiwan, Neco Republic, dan kucing-kucing di sini semuanya adalah kucing-kucing jalanan yang diselamatkan.

Jika ada pengunjung yang berasa tertarik atau minat terhadap kucing-kucing di sini, mereka boleh mengambil kucing di sini untuk dibela.

Terdapat 16 ekor kucing yang akan menceriakan penginapan anda di hotel ini. Siap boleh bawak balik lagi!

Pihak hotel/kafe mahu pengunjung menganggap bahawa penginapan atau kunjungan mereka ke hotel/kafe ini sebagai satu tempoh pengenalan untuk melihat jika terdapat kucing yang menarik hati mereka.

[Sumber & Foto: Sora News 24]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!