Ibu Kucing ‘Culik’ Anak Kucing Rakannya Kerana Trauma Kehilangan Anaknya Sebelum Ini Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Ibu Kucing ‘Culik’ Anak Kucing Rakannya Kerana Trauma Kehilangan Anaknya Sebelum Ini

Share

Haiwan juga merupakan makhluk yang mempunyai sifat kasih sayang sama ada terhadap kumpulan mereka sendiri mahupun manusia.

Kucing juga tidak terkecuali, si comel menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya dan manusia melalui gerak badan dan ngiauan manja.

Sekiranya manusia berasa sedih atas kehilangan anak, kucing juga begitu kerana instinct sebagai ibu sangat kuat terhadap anaknya.

'One big happy family'

Ibu kucing akan melakukan apa sahaja untuk melindungi anak-anaknya dari sebarang ancaman.

Itulah yang terjadi di sebuah kedai makan di Korea Selatan apabila pemiliknya hairan dengan misteri kehilangan anak kucing miliknya satu per satu.

Pemuda itu berasa cemas apabila empat ekor anak kucingnya hilang sedangkan ibu anak kucing tersebut yang bernama Goori berada di kedai.

Dia mula mencari anak-anak kucingnya yang hilang, rupanya si bulus tersebut di sorokan di bahagian rooftop kedai.

Pada mulanya, dia berfikir perbuatan itu dilakukan oleh kucing jalanan rupanya dalang disebalik penculikan tersebut adalah seekor kucing bernama Boochoo.

Boochoo adalah salah seekor kucing peliharannya juga dan merupakan rakan baik kepada Goori.

Boochoo menunggu waktu ketika Goori meninggalkan kedai, si comel itu mengambil peluang ‘menculik’ seekor demi seekor anak Goori untuk di sorokan.

'Alamak! kantoi pula, i can explain!'

Rupanya Boochoo tidak berniat jahat kerana Boochoo juga pernah melahirkan anak kucing yang sangat sihat dan comel sebelum ini.

Nasib Booochoo tidak berapa baik apabila anaknya diberi kepada keluarga lain untuk dijaga, naluri keibuan Boochoo membuatkan si comel itu ingin melindungi anak-anak Goori.

Boochoo sangat sayangkan anak-anak bulus itu, dia menjaga serta membersihkan mereka sama seperti Goori lakukan.

'Mommy loves you 3000'

Mungkin disebabkan itu Boochoo risau anak-anak kucing Goori juga akan diberi kepada orang lain dan mengambil tindakan menyorokkan mereka.

Selepas kejadian tersebut, pemilik mereka menyediakan suasana yang lebih selesa untuk Boochoo, Goori dan anak-anak kucing tersebut tinggal bersama-sama.

Bertuah anak-anak kucing itu mempunyai dua ekor ibu yang sangat menyayangi mereka.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

  1. Anonymous April 4, 2020

    Saya sebak dan Bangga tahniah

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!