Iklan Thailand Ini Buat Ramai Orang Tercuit Hati - Verst Haimeow );

Type to search

Iklan Thailand Ini Buat Ramai Orang Tercuit Hati

Haimeow Cattiviti

Iklan Thailand Ini Buat Ramai Orang Tercuit Hati

Avatar
Share

Tersebar di laman twitter, iklan ini membuat ramai yang terhibur kerana telatah kucing-kucing yang menggunakan suara manusia. Video berdurasi 2.20 itu menceritakan tentang sekumpulan kucing yang ingin lari dari tuannya apabila waktu mandi.

Pelbagai aksi dan karenah yang mencuit hati bagaiman kucing-kucing tersebut lari dan menyorok dari tuan mereka. Ada yang menyorok di balik langsir, di dalam almari, di bawah bakul dan paling mudah di dalam pasu. Mereka semua takut apabila waktu hendak mandi dan mereka bersedia hendak menyerang tuan mereka.

https://twitter.com/soyoulikeart/status/1324208306357895169

Tetapi lebih menakjubkan apabila ruang mandi mereka ternyata telah diubah mengikut keselesaan mereka. Iklan tersebut memaparkan bagaiman cantiknya ruang tersebut digubah mengikut cita rasa kucing dan tuannya.

Cotto Studio merupakan sebuah syarikat yang terletak di Thailand dan mereka bertanggungjawab mengubah bilik yang sesuai mengikut keadaan kucing dan keinginan tuan mereka.

Thailand sememangnya kreatif dalam membuat iklan dan marketing bagi menarik pelanggan mereka. Menerusi video dan iklan ni sahaja kita sudah tertarik dan tersenyum melihat telatah kucing-kucing tersebut.

Sumber: Twitter 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!