Info Asas Tentang Misai Kucing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Info Asas Tentang Misai Kucing

Share

Misai adalah salah satu organ yang sangat penting dan pada kucing dan sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia mampu menghantar isyarat kepada otak kucing.

Misai yang dimiliki oleh kucing juga diberi jolokan sebagai ‘deria keenam’.

Dari segi anatomi, misai kucing dipanggil ‘tactile vibrissae‘ atau dipanggil vibrissa (berus). Misai kucing juga bertindak sebagai deria kepada sentuhan.

Ini digunakan untuk menghendap mangsa ketika sedang memburu, mengukur jarak dan juga memberi amaran kepada kucing terhadap halangan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kucing.

Misai kucing yang rosak akan menyebabkan kucing tersalah tafsir atau mula meraba-raba terutamanya dalam keadaan gelap.

Tambahan lagi, misai kucing juga mengesan angin dan perubahan terhadap gerakan angin.

Ini penting untuk mengenalpasti lokasi musuh atau mangsa buruannya. Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk pengemudian dan pelarasan tubuh.

Jika kucing kehilangan misainya, ia terpaksa berharap pada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu.

Kucing yang kehilangan misai boleh hilang selera makan dan gagal mengesan sesuatu bau dengan baik.

Secara fizikalnya, bilangan misai kucing adalah 24 helai, dan terbahagi kepada 12 di bahagian atas dan12 lagi di bahagian bawah.

Keguguran misai adalah normal dan semula jadi bagi kucing. Namun begitu, sekiranya terlalu banyak keguguran misai berlaku, kebarangkalian itu adalah petanda bahawa kucing sedang sakit.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!