Inginkan Inspirasi Dekorasi Rumah Mesra Kucing? Lihat Lelaki Ini Ubahsuai Rumahnya Menjadi Syurga Buat Kucing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Inginkan Inspirasi Dekorasi Rumah Mesra Kucing? Lihat Lelaki Ini Ubahsuai Rumahnya Menjadi Syurga Buat Kucing

Share

Peter Cohen adalah seorang kontraktor yang berasal dari California dan memiliki sebuah syarikat pembinaan. Tugas utamanya sebagai kotraktor? Menjaga 22 ekor bulus dan memastikan kesemua mereka memiliki rumah impian bagi setiap kucing.

Selepas membaca buku The Cat’s House tulisan Bob Walker, Peter mendapat inspirasi untuk mengubahsuai rumahnya menjadi mesra kucing.

Menurutnya, mendekorasi rumahnya, yang digelar ‘House of Nekko’, kini menjadi hobi baginya setelah dia melihat kucing-kucingnya suka akan pengubahsuaian tersebut.

Kesemua alatan serta rekaan adalah direka oleh Peter sendiri dan dia turut mendapat bantuan oleh pekerja-pekerja yang bekerja di syarikatnya.

Apa yang menariknya ialah, Peter membesar sebagai seorang ‘dog person‘, sehinggalah dia membeli rumah tersebut yang turut ‘didatangkan’ dengan dua ekor kucing.

Malangnya, kedua-dua kucing tersebut mati akibat dilanggar kereta dan mulai hari itu, Peter berjanji bahawa kesemua kucingnya selepas ini hanya akan diletakkan di dalam rumah sahaja.

Dalam satu temuramah bersama Catster, Peter berkata laluan kucing pertama dipasang di bilik utama pada 1997.

“Selepas itu, ianya bagaikan satu hobi buat saya. Saya sentiasa bertukar-tukar peralatan dengan tukang kayu lain yang akan turut mencipta laluan kucing pada masa lapang mereka.

“Kami akan memikirkan sesuatu yang menarik untuk dibina dan mereka (tukang kayu) akan mencipta berdasarkan kreativiti mereka,” tambah Peter.

Bak kata peribahasa Melayu “Sikit-sikit lama lama jadi bukit”, rumahnya kini ibarat syurga buat kucing lengkap dengan keperluan-keperluan yang perlu ada buat seekor kucing seperti kawasan memanjat, bersembunyi atau bersendirian, mencakar, berlari dan bermain.

“Dengan menyediakan kucing-kucing tempat seperti jambatan, laluan khas, terowong dan sebagainya untuk ia teroka, kita menyediakan satu dunia yang menarik buat mereka,” jelas Peter.

Peter kini tinggal bersama 28 ekor kucingnya yang diselamatkan daripada jalanan dan sentiasa menyelamatkan lebih lagi kucing jalanan untuk tinggal bersamanya.

“Menyediakan kucing jalanan hidup yang lebih baik bermaksud menyediakan mereka dengan tempat untuk mereka sendiri. Mereka memberi kasih sayang yang tidak terhingga, dan menyediakan dekorasi ini adalah salah satu tanda terima kasih saya,” kata Peter.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!