Jangan Sesekali Hukum Kucing Anda - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Jangan Sesekali Hukum Kucing Anda

Avatar
Share

Pernahkah kucing anda melakukan perkara yang menyakitkan hati seperti membuang najis merata-rata, memecahkan pasu atau menumpahkan air?

Apakah reaksi anda terhadap kucing anda pada ketika itu? Adakah anda memukul, memarahinya atau mengurungnya?

Menghukum kucing sebenarnya boleh memberi kesan sampingan yang tidak baik terhadap kucing anda.

Menghukum hanya boleh menyebabkan kucing anda takut, bertindak agresif dan merenggangkan hubungan anda dengannya.

Kucing anda juga pasti akan terus melakukan perkara-perkara nakal apabila anda tidak memerhatikannya.

Menurut pakar kucing, anda tidak seharusnya menghukum kucing yang melakukan kesalahan kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan adalah salah.

Menghukum juga tidak akan menyelesaikan tingkah laku nakalnya dan tidak akan memastikan bahawa ia tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi di kemudian hari.

Sebaliknya, anda perlu kaji dahulu mengapa kucing anda bertindak sedemikian.

Mungkin pasir bekas najisnya sudah kotor dan membuatkannya tidak selesa atau ia hanya mahu bermain dengan tumbuhan di dalam pasu dan tidak sengaja memecahkan pasu anda.

Usah Hukum

Apabila kucing bertindak nakal atau melakukan kesalahan, mereka sebenarnya bertindak balas terhadap sesuatu kejadian atau keadaan di dalam persekitaran anda.

Jika anda menghukum kucing anda, ini boleh menyebabkan mereka menjadi tertekan dan berasa tidak selamat.

Justeru, pemilik kucing harus diingatkan agar tidak menghukum kucing mereka kerana ia tidak mendatangkan sedikit pun kebaikan.

Cukuplah sekadar ‘marah-marah manja’ dan menegahnya daripada melakukan perbuatan tersebut lagi.

Tekanan

Memang semula jadi bagi kucing untuk mengalami tekanan sejurus selepas mereka melakukan tingkah laku yang tidak diingini. Hukuman akan meningkatkan tahap kebimbangan dan menyebabkan kucing berasa terancam. Jika anda menghukum kucing anda, anda akan meningkatkan lagi tahap stres dan ini adalah tidak baik bagi kesihatan kucing anda.

Hubungan Renggang

Kucing mempunyai perspektif yang berbeza dalam tingkah laku berbanding manusia. Mereka tidak merasakan apa yang mereka lakukan sebagai sesuatu kesalahan atau perbuatan nakal. Jadi, jika anda menghukum kucing anda, ini akan menyebabkan kucing anda menjauhkan diri daripada anda.

Anda yang dianggap sebagai pelindungnya dan boleh dipercayai akan dilihat sebagai manusia yang menakutkan dan menyakitkan hatinya.

Walaupun hukuman mungkin kelihatan seperti penyelesaian pada masa singkat, tetapi ia amat memudaratkan. Sebenarnya anda boleh belajar untuk mengubah tingkah laku dan mengajarkan kucing anda dengan tingkah laku positif.

Caranya adalah menggunakan kaedah belaian yang lembut tanpa melibatkan sebarang kekerasan. Mungkin ia mengambil sedikit masa, tetapi hasilnya pasti berbaloi. Ia dapan membina dan menguatkan ikatan antara pemilik dan kucing.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!