"Jatuh Maruah Harimau" - Netizen Kagum Kehebatan Oyen Sergah Si Belang Hingga Tersentak - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

“Jatuh Maruah Harimau” – Netizen Kagum Kehebatan Oyen Sergah Si Belang Hingga Tersentak

Avatar
Share

Umum mengetahui bahawa kucing berwarna oren, yang lebih dikenali sebagai oyen, adalah kucing paling nakal dan gangster, perkara itu tidak dapat disangkal lagi.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Kisah dan gelagat nakal oyen sering kali menjadi bualan netizen dan sentiasa timbul media sosial.

Namun, tidak sangka pula keberanian dan sikap gangster oyen begitu hebat sehingga mampu menggegarkan maruah raja rimba, harimau belang.

Sebuah klip video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan seekor kucing oren duduk di hadapan sangkar yang terdapat seekor harimau belang di dalamnya.

Sedang kedua-dua haiwan itu memerhati antara satu sama lain, kucing oren yang kecil itu tiba-tiba menyergah harimau itu dengan memukul sangkar tersebut, menyebabkan harimau itu tersentak dan berundur ke belakang.

Tindakan berani kucing oren itu mengundang tawa netizen yang terhibur dengan reaksi harimau belang itu walaupun saiznya berkali-kali ganda lebih besar daripada si oyen.

“Memang gangster betul oyen ni, harimau pun takut dengan dia,” komen seorang netizen.

“Nasib baik ada pagar kalau tak habis la harimau tu kena dengan oyen,” tulis yang lain berseloroh.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!