Jibek, Kucing Lasak Yang Sudah Tawan Lebih 30 Gunung Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Jibek, Kucing Lasak Yang Sudah Tawan Lebih 30 Gunung

Share

Kucing adalah haiwan yang amat gemar tidur dan menghabiskan sekitar 12-16 jam daripada masa lapangnya dalam sehari untuk merehatkan diri.

Namun berbeza dengan kucing yang dipanggil Jibek ini yang menghabiskan masa lapangnya melakukan sukan ekstrem dan gemar mendaki gunung.

Pemilik Jibek, Azhan Dziaruddin, pada mulanya membawa kucing kesayangannya itu bersamanya untuk mendaki gunung kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak bulusnya itu.

“Saya duduk bersendirian di rumah sewa, ketika saya baru mula menjaga Jibek pada 2016, saya menghadapi masalah untuk meninggalkannya kerana tiada siapa yang mahu menjaganya.

“Jadi, saya bertekad untuk membawanya memanjat Gunung Nuang di Hulu Langat. Ketika itu, usianya enam bulan dan awalnya saya juga agak bimbang jika dia meragam tetapi saya terkejut apabila dia begitu menyukainya sehinggakan tidak mahu diletakkan di dalam beg galasnya,” katanya kepada Bernama

Sejak daripada itu, Jibek kini telah menjadi peneman setia Azhan dan telah mendaki lebih 30 gunung bersama-sama.

[Gambar: instagram @jibekhikerscat]
[Gambar: instagram @jibekhikerscat]

‘Portfolio’ Jibek juga bukan calang-calang. Kucing yang berbaka campuran Maine Coon dan domestik itu telah menawan antara gunung-gunung yang tertinggi di Malaysia termasuk Gunung Tahan (2,190 meter), Gunung Chamah (2,171 m), Gunung Yong Yap (2,168 m), Gunung Ulu Sepat (2,158 m), , Gunung Korbu (2,183 m),  Gunung Yong Belar (2,181 m) dan Gunung Gayong (2,173 m).

Menurut Azhan, nama Jibek adalah singkatan kepada ‘jilat beg’ kerana kucingnya itu gemar menjilat beg galas kepunyaannya.

Walaupun kebanyakan masanya Jibek akan bertenggek di bahu Azhan, ia akan turun dan berjalan sendiri apabila melihat sesuatu yang menarik perhatiannya.

[Gambar: instagram @jibekhikerscat]

Tujuan Azhan membawa Jibek mendaki bersamanya adalah untuk membuktikan bahawa aktiviti tersebut boleh dilakukan dengan haiwan kesayangan.

“Namun, persiapannya perlu dilakukan dengan lebih rapi dan teliti seperti makanan, baju hujan, baju sejuk, ubat-ubatan serta pakaian hariannya terutamanya apabila bermalam di sesuatu kawasan,” katanya.

[Gambar: instagram @jibekhikerscat]

Selain mendaki gunung, Jibek yang mudah mesra dengan manusia  telah melakukan pelbagai  aktiviti lasak lain seperti flying fox dan paragliding selain Azhan berhasrat membawa kucingnya itu melakukan aktiviti abseiling dan water rafting.

“Buat masa ini,  saya  belum berniat untuk lakukan sukan berakit bersama Jibek kerana dia takut dengan bunyi air terjun yang terlalu kuat dan deras.

“Jika air sungai dalam keadaan tenang, tiada masalah, malah saya boleh rendam ia begitu sahaja. Sekarang ini saya tengah latih supaya ia tidak takut bunyi air deras,” katanya, menambah Jibek bukan sahaja boleh menghidu kehadiran haiwan liar tetapi juga perkara ghaib yang berlaku di sekeliling mereka ketika berada di hutan.

[Sumber: Bernama]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!